Facebook Twitter
    Trending
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026
    • Kerjaya

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perang Israel-Gaza di mata anak Palestin

    Perang Israel-Gaza di mata anak Palestin

    By Umi FatehahOctober 17, 2023Updated:October 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEPERANGAN ini menjadi dugaan seluruh rakyat Palestine, terutamanya kanak-kanak. - GAMBAR OLEH AFP

    PENDUDUK Gaza telah menempuh satu lagi malam yang diisi dengan serangan udara daripada zionis Israel, termasuk di kawasan selatan Khan Younis dan Rafah. 

    Pada asalnya, pihak tentera Israel memaklumkan seluruh penduduk Gaza agar beredar ke Khan Younis dan Rafah untuk mendapatkan perlindungan. 

    Namun, di saat sahabat dan saudara seislam kita mahu lari mendapatkan perlindungan, langit Gaza dihujani bom yang dihantar oleh Israel, tanpa ihsan kemanusiaan.

    Sudahlah mereka hidup terumbang ambing, rumah dimusnahkan. Bekalan makanan, air dan elektrik juga disekat.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bekalan air, elektrik dan bahan api yang ada sekarang hanya mampu menampung dan digunakan selama 24 jam sahaja sebelum semuanya habis digunakan.

    Setakat jam 11.16 pagi hari ini, angka kematian rakyat Palestin akibat serangan udara Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 2,808 manakala kira-kira 10,859 rakyat Palestin cedera dalam pengeboman Israel di kawasan pinggir laut, memetik laporan Anadolu.

    Peperangan ini menjadi dugaan seluruh rakyat Palestine, terutamanya kanak-kanak.

    Berikut, Relevan membawakan kepada anda kisah Omran Abu Assi, 13 tahun yang menerangkan bagaimana rasanya menjadi kanak-kanak yang terperangkap di Gaza. 

    “Nama saya Omran dan saya mempunyai pasport British. Saya pernah tinggal di Britain tetapi saya kini sudah berada di Gaza selama setahun. Dan perang, ia sangat-sangat ‘menarik’. 

    Saya kini berada di taman permainan di bandar Hamas, Gaza. Di sini, kanak-kanak bermain di taman sambil mendengar ledakan bom, kapal terbang meluncur ke sana ke mari dan mereka boleh menjatuhkan bom pada bila-bila masa sahaja. Ia tidak selamat, tidak adil.

    Saya sangat bersimpati dengan kanak-kanak di sini. Ini bukan salah kanak-kanak, malah bukan salah sesiapa. Situasi ini tidak patut berlaku. Ia sangat tidak adil.”

    Rumah bukan lagi “rumah”

    “Saya datang ke bandar Hamas ini kerana rumah saya sudah tidak selamat untuk didiami. Saya sering melihat roket berlumba-lumba melintasi langit. Saya juga menerima panggilan atau arahan untuk meninggalkan kawasan persekitaran rumah dan bergegas ke hospital bagi mendapatkan perlindungan.

    Keadaan ini sangat-sangat tertekan bagi saya dan keluarga, bukan sahaja bagi keluarga saya tetapi untuk semua orang di negara ini. 

    Peperangan ini benar-benar menjejaskan Gaza dengan cara yang sangat mengerikan. Rumah-rumah telah dimusnahkan, jadi ramai yang tidur di jalanan. Anda boleh melihat runtuhan di mana-mana sahaja. Ia sangat-sangat mengerikan.

    Terdapat kebakaran, asap di mana-mana shaja anda melihat. Keadaan di sini sudah seperti zon perang – ia benar-benar sudah menjadi zon perang.”

    Hidup dalam pelbagai kemungkinan

    “Mungkin saya boleh meninggalkan Gaza sekiranya pintu sempadan Rafah dibuka. Jika ya, alhamdulillah mungkin saya boleh pergi (sudah tidak mahu diancam serangan bom). 

    Semua orang termasuk saya dan keluarga, tiada siapa yang mahu mati. Kami semua tertekan kerana sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan (untuk menyelamatkan diri) sekiranya pintu sempadan Rafah tidak dibuka. Kami mungkin akan menghadapi masalah yang serius. 

    Saya sudah tidak tahu nak buat apa. Saya sudah menghadapi perang ini kira-kira lima atau enam hari. Saya sudah tidak tahu tempoh masa dan hari berlalu. Ia benar-benar sangat tertekan. 

    Apa yang saya mahu katakan ialah, segala apa yang anda miliki sekarang, jangan sesekali mensia-siakannya. Kerana tidak ada sesiapa yang tahu, bila dan di mana anda akan kehilangannya,”.

    Sebagai rakyat Malaysia, ayuhlah memainkan peranan kita sebagai saudara dalam menyalurkan apa sahaja bentuk bantuan yang termampu kepada rakyat Palestine yang berada dalam situasi yang penuh dugaan. Jika bukan dalam bentuk wang ringgit, berdoalah untuk mereka. 

    *Ucapan ini diambil daripada video yang dikongsi oleh Al-Jazeera

    – RELEVAN

     

    Previous ArticleInisiatif pascapemulihan pasaran kerja dalam Belanjawan 2024
    Next Article Dilema gaji di Malaysia, penghijrahan bakat ke luar negara

    Artikel berkaitan

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026
    Artikel Terkini

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.