Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 inisiatif kerajaan tingkatkan kualiti hidup rakyat

    8 inisiatif kerajaan tingkatkan kualiti hidup rakyat

    By Zubaidah IbrahimOctober 16, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERANGKA Ekonomi MADANI akan memberi penekanan kepada pembangunan masyarakat yang lebih adil dan makmur dengan pengagihan kekayaan yang saksama.- GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA

    KEPERLUAN untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan agar semua rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang sejahtera.

    Oleh itu, kerangka Ekonomi MADANI akan memberi penekanan kepada pembangunan masyarakat yang lebih adil dan makmur dengan pengagihan kekayaan yang saksama.

    Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2024, kerajaan telah menyenaraikan lapan strategi ke arah mencapai matlamat tersebut seperti berikut:

    1. Peluang pekerjaan dengan gaji bermakna

    Demi mencapai perkongsian ekonomi yang lebih seimbang, kerajaan akan menambah baik dasar untuk meningkatkan pertumbuhan gaji termasuk mengkaji semula gaji minimum dan undang-undang berkaitan bagi menyediakan persekitaran kerja yang lebih baik serta meneroka pelaksanaan model gaji progresif.

    Langkah tersebut bertujuan meningkatkan peratusan pampasan pekerja kepada 45 peratus (%) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) agar setanding dengan negara maju.

    Selain itu, kerajaan akan melaksanakan levi pelbagai peringkat bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah di samping menggalakkan automasi.

    1. Kesaksamaan peluang

    Malaysia akan meneruskan usaha untuk mengurangkan ketidaksamaan merentasi jantina, bangsa dan latar belakang bagi menjamin pertumbuhan inklusif.

    Keutamaan diberikan kepada golongan miskin tegar dan terpinggir dengan memberikan lebih banyak bantuan dan peluang pendidikan yang saksama.

    Usaha juga akan diteruskan bagi mempergiat latihan keusahawanan dan memperkukuh program pembiayaan kepada kumpulan tertentu terutamanya wanita dan belia.

    Selain itu, dasar perindustrian yang khusus mengikut wilayah akan menggalakkan pertumbuhan bidang pengkhususan negeri bagi merapatkan jurang pembangunan wilayah.

    Infrastruktur bertaraf dunia di bandar utama akan terus diperkukuh untuk meningkatkan daya huni dan kemampanan bandar serta meningkatkan daya tarikan sebagai hab pelaburan.

    Aspek perundangan dan peraturan serta program sokongan akan ditambah baik bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh dengan mengukuhkan inisiatif Ekonomi Penjagaan seperti pusat jagaan kanak-kanak mampu milik.

    1. Perlindungan sosial untuk semua

    Sistem perlindungan sosial yang komprehensif akan dipertingkatkan melalui tiga teras utama iaitu insurans sosial, bantuan sosial dan intervensi pasaran buruh bagi melindungi rakyat daripada keadaan luar jangka.

    Inisiatif tersebut termasuk memperluas liputan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara berperingkat kepada sektor tidak formal serta menambah baik program bantuan tunai dan program Rahmah bagi meningkatkan tahap perlindungan sosial.

    Di samping membina daya tahan persaraan, kerajaan juga terus mengukuhkan pasaran buruh dengan meningkatkan gaji melalui program peningkatan kemahiran dan latihan semula.

    1. Pembaharuan perkhidmatan penjagaan kesihatan

    Kerajaan terus komited untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dengan menyediakan capaian sejagat kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

    Sehubungan itu, pendekatan penjagaan kesihatan primer yang bersifat keseluruhan masyarakat akan diguna pakai untuk mewujudkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih mampan, berdaya tahan dan berkualiti.

    Rakyat akan terus dididik untuk menerima peralihan kendiri daripada rawatan penyakit kepada konsep pencegahan penyakit demi menambah baik, melindungi dan mengekalkan tahap kesihatan.

    Oleh yang demikian, kerajaan akan menyediakan 5% daripada KDNK untuk perbelanjaan penjagaan kesihatan seperti yang ditetapkan dalam Kertas Putih Kesihatan.

    1. Pembaharuan pendidikan dan sumber manusia

    Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang komprehensif dan persekitaran pembelajaran yang kondusif agar boleh dicapai oleh semua pihak.

    Usaha tersebut termasuk mempercepat pelaksanaan projek sekolah, menambah baik keadaan sekolah daif serta meluaskan capaian internet menerusi projek JENDELA.

    Selain itu, pendidikan tertiari dan program pembelajaran sepanjang hayat termasuk Program latihan teknikal dan vokasional (TVET) akan dikaji semula agar lebih berorientasi permintaan dalam menghasilkan bakat kalis masa hadapan yang diperlukan oleh industri.

    1. Infrastruktur dan pengangkutan awam

    Kerajaan akan mengambil tindakan segera untuk mengoptimumkan semua aset sedia ada berkaitan jalan luar bandar dan sistem pengangkutan awam bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan kesalinghubungan dan memperluas mobiliti.

    Pengurusan pengangkutan awam darat akan disepadukan bagi meningkatkan keberkesanan kos dan menambah baik ketersambungan batuan terakhir (last mile connectivity). Di samping itu, rangkaian perhubungan udara dan infrastruktur pengangkutan darat di bandar utama juga akan dipertingkatkan.

    1. Kemudahan asas

    Kerajaan kekal komited dalam menyediakan infrastruktur asas sejagat bertaraf dunia kepada rakyat termasuk capaian kepada bekalan air, elektrik dan internet yang berkualiti secara berterusan.

    Selain itu, projek tebatan banjir akan disegerakan bagi mengurangkan kesan banjir yang teruk kepada masyarakat setempat atau sebarang gangguan capaian kepada kemudahan asas.

    1. Perumahan mampu milik kepada semua rakyat Malaysia

    Dasar Perumahan Negara (2018-2025) digubal untuk memastikan penyediaan perumahan yang mencukupi dan memupuk persekitaran hidup yang selamat, sihat dan harmoni.

    Bagi merealisasikan dasar ini, satu pelan tindakan sedang dibangunkan untuk memastikan parameter yang lebih munasabah ditetapkan dalam mencapai keseimbangan antara harga rumah median dengan tahap pendapatan median.

    Di samping itu, penyediaan perumahan awam juga akan ditambah baik manakala pasaran sewaan akan dipergiat bagi memenuhi permintaan. 

    Kerajaan juga akan memudahkan pembeli mendapatkan pembiayaan rumah dengan menyediakan Jaminan kredit sehingga 120% di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SIKP).

    – RELEVAN

    Previous ArticleBelanjawan 2024: Peluang pekerjaan diperluas, kebajikan pekerja diberi perhatian
    Next Article Belanjawan 2024: Pemantapan pendidikan TVET, pelepasan cukai bagi yuran kursus kemahiran

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.