Facebook Twitter
    Trending
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    • 7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’
    • 7 cara memperkuat ingatan 
    • Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik
    • Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023

      7 fakta mengejutkan tentang senyuman, rugi tak senyum  

      November 17, 2023
    • Kewangan

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023

      5 cara terbaik selesaikan bayaran hutang

      November 21, 2023

      Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga, dijangka capai 4% sepanjang tahun

      November 17, 2023
    • Pendidikan

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023

      5 cara untuk menjadi lebih bijak

      November 16, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2024: Yuran pendaftaran IPTA dihadkan bawah RM1,500, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

    Belanjawan 2024: Yuran pendaftaran IPTA dihadkan bawah RM1,500, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

    By Umi FatehahOctober 13, 2023Updated:October 13, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KECEMERLANGAN pendidikan tinggi diukur pada kejayaan melahirkan bakat-bakat muda yang berjaya. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat. Ia merupakan belanjawan kedua yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan beliau.

    Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM16.3 bilion berbanding RM15.3 bilion pada tahun ini.

    Menurut Anwar, kecemerlangan pendidikan tinggi diukur pada kejayaan melahirkan bakat-bakat muda yang berjaya. Universiti sebagai gudang ilmu perlu siap siaga membekalkan mahasiswa dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan pasaran pekerjaan. 

    Sehubungan itu, Relevan himpunkan perkara-perkara berkaitan universiti dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

    Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

    Perdana Menteri menegaskan bahawa hutang mesti dibayar. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut:

    • Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
    • Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran 
    • Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

    Yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan 

    Menurut Anwar, pihaknya tidak akan sama sekali mengizinkan mahasiswa khususnya dari keluarga susah yang mendapat tempat di universiti awam dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran kemasukan pengajian. 

    Tidak ada duit untuk bayar yuran tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang mahasiswa mengambil peperiksaan.

    Oleh itu, bermula Januari 2024, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500. 

    Ini supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

    Pada masa yang sama, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek. Sebarang peraturan pembayaran oleh universiti hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar.

    Pada masa hadapan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain hendaklah berperanan memudah cara dan membantu mahasiswa serta bakal pelajar yang mempunyai masalah pembayaran yuran.

    Menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam

    Aduan yang sering diajukan dalam Siri Temu Anwar bersama mahasiswa ialah masalah capaian internet yang lemah di universiti. 

    Oleh itu, Belanjawan MADANI Kedua menyediakan RM250 juta untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam. Ini termasuk RM5 juta untuk melaksanakan projek pendigitalan hospital pengajar universiti.

    Menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT

    Bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan di institusi pendidikan tinggi (IPT), RM300 juta disediakan untuk menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT serta menggantikan peralatan lama yang usang. 

    Ini termasuk RM50 juta bagi perolehan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia.

    Penumpuan kepada latihan dan kemahiran bakat-bakat baharu

    Institusi Pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) hendaklah menumpukan kepada latihan dan peningkatan kemahiran bakat- bakat baharu tempatan bumiputera dalam bidang berpertumbuhan tinggi seperti ekonomi Islam, aeroangkasa dan industri kreatif.

    Kerjasama antara IPTA dan IPTS merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang boleh dikomersialkan

    Sejumlah RM510 juta tersedia sebagai dana Penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi. 

    Antaranya, RM50 juta dikhususkan sebagai geran padanan untuk universiti awam bekerjasama dengan sektor swasta dalam merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang boleh dikomersialkan.

    Program pembelajaran bagi komuniti rentan

    Kerajaan akan terus merakyatkan ilmu dengan menggalakkan komuniti rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti.

    Sejumlah RM5 juta disediakan untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti seluruh negara.

    Bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan mendaya upaya usahawan setempat, kerajaan menyediakan RM1 juta kepada setiap universiti awam untuk memperhebat pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti MADANI dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU.

    Penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan

    Malaysia perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global. Inovasi dan bakat digital perlu diperkasakan khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan. 

    Bagi memperhebat penerokaan bidang AI rentas disiplin ilmu, sukacita saya mengumumkan penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia dengan peruntukan awal sebanyak RM20 juta.

    Bantuan pembiayaan pendidikan golongan miskin

    BNM dan institusi kewangan Islam juga sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan (IA) yang lebih meluas. 

    Usaha ini menggabungkan elemen perkongsian risiko antara pihak pelabur dalam pelaburan berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan juga elemen pelaburan sosial iaitu sebahagian keuntungan akan disalurkan untuk pembangunan sosial seperti pembiayaan pendidikan golongan miskin. – RELEVAN

    Belanjawan 2024 featured IPT IPTA IPTS madani pendidikan PTPTN
    Artikel Terkini

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023

    5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

    November 28, 2023

    Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

    November 28, 2023

    5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

    November 27, 2023

    7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

    November 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.