Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

    Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

    By September 21, 2023Updated:September 25, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KENAIKAN gaji tidak boleh dibuat pukul rata, sebaliknya perlu melihat kepada kemahiran dan produktiviti pekerja. -GAMBAR HIASAN

    TIDAK ada orang yang pernah cukup dengan gaji yang diterima walaupun mencecah puluhan ribu mahupun ratusan ribu sebulan.

    Bak kata pepatah: besar periuk, besarlah keraknya. Apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

    Harga barangan naik mencanak sehingga duit terasa cepat menyusut. Gaji yang rendah sudah semestinya terasa sempit untuk menjalani hidup yang semakin ‘keras’ pada ketika ini.

    Banyak keluhan yang kita dengar bukan sahaja daripada mereka yang berkeluarga, tetapi juga orang bujang. Awal bulan poket sudah kering.

    ARTIKEL BERKAITAN: Teruskan gaji progresif tetapi jangan tinggalkan gaji minimum

    Laporan Tahunan 2017 Bank Negara Malaysia (BNM) menyarankan kadar gaji kehidupan wajar individu bujang dewasa menetap di bandar adalah RM2,700 manakala pasangan tanpa anak adalah RM4,500 dan pasangan dengan dua anak RM6,500.

    Kalau kita pertimbangkan secara realistik, gaji minimum sebanyak RM1,500 tidak mencukupi sekiranya pekerja tinggal di kawasan bandar dan mempunyai isi rumah yang ramai.

    Namun, jika dinilai kembali, gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara jiran.

    Sebagai contoh, Indonesia menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,297 manakala Thailand RM1,141 sebulan.

    Bukan mudah untuk meningkatkan kadar gaji minimum kerana ia akan memberi implikasi kepada pelbagai aspek dan turut menekan majikan.

    Kenaikan itu tidak boleh dibuat pukul rata tetapi ia hendaklah setimpal dengan produktiviti serta kemahiran seseorang pekerja.

    Justeru, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dilihat sebagai ruang untuk pekerja meningkatkan gaji dan kualiti hidup sekiranya mereka menambah kemahiran dan pengetahuan.

    Peningkatan kemahiran juga akan mewujudkan pekerja yang lebih produktif dan menambah keuntungan kepada syarikat. Secara tidak langsung, dasar ini juga mewujudkan situasi menang-menang antara majikan dan pekerja.

    Justeru, kedua-dua dasar ini perlu bergerak seiringan bagi menoktahkan kadar kemiskinan dalam negara.

    Sekiranya gaji dinaikkan, jangan pula menukar gaya hidup dengan menambah komitmen.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 negara dengan kadar gaji minimum tertinggi di dunia

    Tukar kereta baharu dan sebagainya. Kalau begitulah gayanya, sampai bila-bila gaji tidak akan pernah cukup. Kekalkan gaya hidup sekarang dan manfaatkan kenaikan gaji itu dengan menyelesaikan segala komitmen dan hutang.

    Amalkan formula 50-30-20 untuk pengurusan gaji yang lebih baik dan menjadikan anda berdisiplin serta tidak terlajak berbelanja.

    Pembahagiannya begini, 50 peratus digunakan untuk keperluan, 30 peratus untuk kehendak dan 20 peratus lagi untuk simpanan.

    Oleh itu, anda masih lagi boleh menikmati hasil kerja keras, tetapi pada masa sama mempunyai simpanan kecemasan. – RELEVAN

    Previous Article5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    Next Article 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.