Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bendera Jalur Gemilang tiru bendera Amerika Syarikat?

    Bendera Jalur Gemilang tiru bendera Amerika Syarikat?

    By Umi FatehahAugust 21, 2023Updated:August 21, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bendera Jalur Gemilang tiru bendera Amerika Syarikat? - GAMBAR MOHD FARIZWAN HASBULLAH

    SEHINGGA kini, masih wujud beberapa soalan seperti mengapa bendera Malaysia dan bendera Amerika Syarikat (US) seakan-akan sama? Adakah Jalur Gemilang meniru bendera Amerika Syarikat? 

    Mungkin kedua-dua bendera kelihatan seakan-akan sama kerana jalur yang melintang. 

    Menurut penulis buku Dunia Tanpa Tembok, Ayman Rashdan Wong, sebenarnya, bendera AS yang menyerap warisan Alam Melayu.

    Ini kerana, dakwa beliau, bendera AS, Stars and Stripes ciptaan Betsy Rose terinspirasi daripada bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yang turut menggunakan jalur melintang merah putih. 

    Ilham untuk jalur sebegitu pula dikatakan berasal daripada bendera kerajaan Majapahit, iaitu Getih-Getah Samudera. 

    Kedua-dua Getih-Getah Samudera dan Sang Dwaja/Pataka berunsurkan merah dan putih merupakan variasi panji kebesaran kerajaan Majapahit.

    Persamaan dan perbezaan antara Jalur Gemilang dan Stars and Stripes

    Bendera Malaysia, Jalur Gemilang. – GAMBAR HIASAN UTUSAN MALAYSIA
    • Jalur merah dan putih

    Apa yang membezakannya ialah jumlah jalur dalam setiap bendera. Bendera AS mempunyai 13 jalur yang mewakili 13 koloni jajahan British yang diisytiharkan kemerdekaan daripada Great Britain yang diperoleh kemenangan dalam Perang Revolusi Amerika pada tahun 1775 hingga 1783.

    Manakala bendera Malaysia mempunyai 14 jalur yang mewakili setiap keanggotaan 13 negeri di Malaysia dan sebuah kerajaan persekutuan. 

    Bendera Amerika Syarikat. – VALENTINO FUNGHI/UNSPLASH
    • Bintang

    Bendera AS mempunyai 50 bintang putih yang mewakili 50 negerinya. Jalur Gemilang pula hanya mempunyai satu bintang tetapi mempunyai 14 cabang. 14 cabang itu juga mewakili setiap negeri dan kerajaan persekutuan di Malaysia. 

    Bintang pada bendera Malaysia diletakkan di sebelah kanan bulan sabit. Bulan sabit itu melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

    • Warna yang digunakan

    Walaupun kedua-dua bendera menggunakan skema warna yang sama, makna di sebalik warna itu digunakan ada perbezaannya. 

    Warna merah bagi kedua-dua bendera melambangkan keberanian. Putih pula kedua-dua bendera mentafsirkan sebagai kesucian. 

    Tetapi, warna biru tua pada bendera AS melambangkan kewaspadaan, ketabahan dan keadilan. Manakala, warna biru tua pada Jalur Gemilang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

    Namun, AS tidak menggunakan warna kuning dalam benderanya. Warna kuning yang dapat kita lihat pada Jalur Gemilang iaitu pada bulan dan bintang melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan. 

    Jika kita perhatikan kedua-dua bendera ini dengan lebih teliti, ia tidaklah serupa seperti yang disangkakan. Mungkin kelihatan sama pada penggunaan warna dan kedudukan jalurnya, tetapi masing-masing membawa dan melambangkan identiti yang tersendiri.

    Kalau mahu diperketengahkan lagi isu meniru bendera AS, ada banyak lagi bendera negara lain yang kelihatan lebih serupa. Bendera negara Liberia, misalnya. 

    Dakwa Ayman Rashdan lagi, kalau betul-betul faham sejarah, kita tidak akan ingat bendera Malaysia tiru bendera US, seperti yang didakwakan oleh segelintir orang. Sebaliknya, kita akan berbangga rupa-rupanya lambang adikuasa dunia pun berasal daripada warisan Nusantara yang kita berkongsi sama. – RELEVAN

    Previous ArticleTrend pekerja ‘boomerang’ meningkat di Asia Tenggara  
    Next Article Projek57 hidupkan harapan rakyat Malaysia

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.