Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Berapa lamakah masa diambil untuk sampai ke bulan?

    Fakta Semesta: Berapa lamakah masa diambil untuk sampai ke bulan?

    By Umi FatehahAugust 2, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KALAU kita nak ke bulan, agak-agak berapa lama masa diambil untuk sampai ke bulan dari bumi?

    Jawapannya bergantung kepada beberapa faktor. 

    Salah satunya ialah posisi asal dari bumi dan kedudukan yang disasarkan untuk mendarat di bulan. Terpulang, sama ada anda mahu mendarat di permukaan atau hanya lalu di sebelah sahaja. Jangan lupa ambil kira juga teknologi yang digunakan.

    Purata masa perjalanan ke bulan dengan menggunakan teknologi roket semasa adalah kira-kira tiga hari. 

    Penerbangan terpantas melintasi bulan tanpa henti dicapai oleh siasatan New Horizons Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dengan mengambil masa hanya lapan jam 35 minit ketika dalam perjalanannya untuk sampai ke Pluto.

    Menurut NASA, pada ketika ini, kapal angkasa terpantas untuk ke bulan ialah Apollo 8. Kapal angkasa tersebut memasuki orbit bulan hanya dalam masa 69 jam dan 8 minit selepas pelancaran.

    Jarak bulan dengan bumi

    Untuk mengetahui berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke bulan, kita mesti tahu berapa jauh jaraknya terlebih dahulu.

    Menurut NASA, jarak purata antara bumi dan bulan adalah kira-kira 384,400 kilometer (km). Tetapi, oleh kerana bulan tidak mengorbit bumi dalam bulatan yang sempurna, jaraknya dari bumi tidak tetap. 

    Pada titik terdekatnya dengan bumi atau dikenali sebagai perigee, bulan berada kira-kira 363,300 km daripada bumi. Manakala titik paling jauh pula dikenali sebagai apogee dengan jarak kira-kira 405,500 km.

    Tempoh yang diperlukan untuk sampai ke bulan dengan kelajuan cahaya

    Cahaya bergerak pada kira-kira 299,792 km sesaat. Oleh itu, sinaran cahaya bulan akan sampai ke bumi dalam tempoh masa berikut:

    • Titik terdekat: 1.2 saat
    • Titik terjauh: 1.4 saat
    • Jarak purata: 1.3 saat

    Tempoh yang diperlukan untuk sampai ke bulan dengan kapal angkasa paling pantas 

    Kapal angkasa terpantas setakat ini ialah Parker Solar Probe NASA, yang memecahkan rekod kelajuannya sendiri ketika ia bergerak lebih dekat ke matahari. 

    Pada 21 November 2021, Parker Solar Probe mencatatkan kelajuan tertinggi iaitu dengan 163 km sesaat semasa penerbangan jarak dekat ke-10 ke matahari yang diterjemahkan kepada 586,000 km sejam. 

    Menurut kenyataan NASA, apabila Parker Solar Probe berada dalam jarak 6.2 juta km dari permukaan matahari pada Disember 2024, kelajuan kapal angkasa akan melebihi 692,000 km sejam!

    Katakanlah, jika berpeluang menaiki Parker Solar Probe dan anda menukar haluannya untuk ke bulan, bukan matahari, masa yang diperlukan untuk sampai ke bulan ialah:

    • Titik terdekat: 37.2 minit
    • Titik terjauh: 41.4 minit
    • Jarak purata: 39.4 minit

    Misi ke bulan

    Lebih daripada 140 misi telah dilancarkan ke bulan. Setiap daripada misi tersebut pula mempunyai objektif, laluan dan masa perjalanan yang berbeza.

    Mungkin misi yang paling terkenal ialah misi Apollo 11. Kapal angkasa tersebut mengambil masa selama empat hari, enam jam dan 45 minit untuk sampai ke bulan. 

    Rekod untuk kelajuan tertinggi yang dicapai oleh manusia masih dimiliki oleh Apollo 10, yang mencapai kelajuan tertinggi luar biasa semasa perjalanan kembali ke bumi pada 26 Mei 1969. Krew Apollo 10 mengembara pada kelajuan yang menakjubkan iaitu 39,897 km sejam.

    Semasa ujian penerbangan awal kapal angkasa Orion dan roket sistem pelancaran angkasa lepas NASA yang dikenali sebagai Artemis 1, misi itu berjaya sampai ke bulan pada hari keenam perjalanannya. 

    Ia kemudian turun hanya sekitar 130 km di atas permukaan bulan menggunakan daya graviti bulan untuk memasuki orbit retrograde jauh. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.