Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK merosot, hanya 32.4% pada 2022

    Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK merosot, hanya 32.4% pada 2022

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 26, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SUMBANGAN pampasan pekerja kepada KDNK Malaysia lebih rendah berbanding negara maju lain. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SUMBANGAN komponen pampasan pekerja (PP) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) merosot kepada 32.4 peratus pada 2022, berbanding 35.1 peratus pada tahun sebelumnya. 

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, KDNK Malaysia dari segi nominal pada 2022 mencatatkan nilai sebanyak RM1,791.4 bilion, meningkat 15.7 peratus daripada 9.2 peratus pada tahun sebelumnya.

    Kata beliau, pertumbuhan tersebut didorong oleh prestasi Lebihan Kendalian Kasar (LKK) yang lebih tinggi daripada PP. 

    “LKK berkembang 23.9 peratus sementara PP meningkat 6.5 peratus. Oleh itu, sumbangan PP terhadap KDNK menurun kepada 32.4 peratus manakala LKK mengukuh kepada 67 peratus.

    “Komponen selebihnya disumbangkan oleh cukai bersih, iaitu 0.6 peratus daripada KDNK, menurun berbanding 2.3 peratus pada 2021,” katanya dalam kenyataan pada 26 Julai.

    KDNK negara secara kaedah pendapatan dikira melalui penjanaan pendapatan daripada pengeluaran dalam ekonomi yang terdiri daripada tiga komponen, iaitu LKK, PP dan cukai bersih.

    LKK merujuk kepada  keuntungan yang dicatatkan perniagaan melalui penghasilan produk atau perkhidmatan selepas mereka membayar pekerja. 

    PP pula bahagian pendapatan yang diterima pekerja, baik dalam bentuk upah, gaji, manfaat, bonus atau kelebihan lain yang diberikan syarikat.

    PP meningkat

    Walaupun sumbangannya kepada KDNK berkurang, nilai PP meningkat sebanyak 6.5 peratus, lebih tinggi berbanding peningkatan 2.7 peratus pada 2021.

    Menurut Mohd. Uzir, komponen PP dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. 

    PP dalam sektor perkhidmatan berkembang 6.5 peratus, disokong oleh pertumbuhan yang lebih baik dalam semua subsektor, terutamanya perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan.

    “Dalam sektor pembuatan, PP meningkat 8.6 peratus, disumbangkan oleh produk elektrik, elektronik dan optik.

    “Selain itu, PP dalam pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian menokok masing-masing sebanyak 9.0 peratus dan 10.3 peratus.

    “Sementara itu, PP dalam sektor pertanian pulih kepada 2.3 peratus daripada penguncupan 1.4 peratus pada 2021,” katanya.

    Secara keseluruhannya, sektor perkhidmatan terus menjadi penyumbang terbesar kepada keseluruhan PP dengan sumbangan 62.2 peratus, diikuti sektor pembuatan yang mewakili 24.1 peratus.

    Jelas Mohd. Uzir, kedua-dua sektor itu menyumbang 86.3 peratus daripada PP pada 2022.

    LKK meningkat

    Komponen LKK meningkat 23.9 peratus berbanding 14 peratus pada 2021. Pertumbuhan itu diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan.

    Jelas Mohd. Uzir, LKK dalam sektor perkhidmatan meningkat ketara 20.7 peratus, didorong oleh pertumbuhan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan.

    Katanya, LKK dalam sektor pembuatan terus berkembang kepada 26.2 peratus berikutan peningkatan dalam kesemua subsektor terutamanya produk petroleum, kimia, getah dan plastik.

    “LKK bagi sektor pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian masing-masing meningkat 37.8 peratus dan 47.9 peratus.

    “Ini diikuti LKK dalam sektor pertanian yang meningkat 10.2 peratus daripada 38.8 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya.

    Dari segi sumbangan, sektor perkhidmatan merangkumi sebahagian besar daripada keseluruhan LKK pada 2022, iaitu sebanyak 50 peratus.

    Ini diikuti sektor pembuatan dengan sumbangan 23.5 peratus. Sektor perlombongan dan pengkuarian serta pertanian masing-masing menyumbang 13.3 peratus dan 11.6 peratus manakala sektor pembinaan membentuk 1.6 peratus daripada LKK pada 2022.

    Kata Mohd. Uzir, negara-negara di rantau Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan Singapura menunjukkan sumbangan LKK yang lebih besar kepada KDNK berbanding PP.

    Sebaliknya, jelas beliau, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada dan beberapa negara Eropah menunjukkan sumbangan PP yang lebih besar berbanding LKK.

    “PP membentuk lebih daripada 50 peratus daripada KDNK di AS (53 peratus), Kanada (50.6 peratus), United Kingdom (52.9 peratus) dan Jerman (52.3 peratus),” katanya.

    Cukai bersih

    Komponen cukai bersih, iaitu nilai cukai tolak subsidi ke atas pengeluaran dan import menyusut 69.2 peratus pada 2022, berbanding penurunan 7.4 peratus pada 2021.

    Cukai ke atas pengeluaran dan import meningkat 23.8 peratus, manakala subsidi mencatatkan pertumbuhan mendadak 134.4 peratus sebagai tindak balas kerajaan dalam meredakan tekanan inflasi dan usaha pemulihan ekonomi yang berterusan.

    “Sumbangan komponen cukai bersih terhadap KDNK merekodkan penurunan, dipengaruhi oleh pemberian subsidi yang lebih tinggi berbanding kutipan cukai ke atas pengeluaran dan import pada 2022,” jelas Mohd. Uzir. – RELEVAN

    Previous ArticleSila bergerak! Ini bahaya gaya hidup sedentari
    Next Article Putuskan rantaian trauma generasi, perkasakan rawatan dan daya tahan

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.