Facebook Twitter
    Trending
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimanakah YouTuber menjana pendapatan lumayan?

    Bagaimanakah YouTuber menjana pendapatan lumayan?

    By Umi FatehahJune 23, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADA yang mampu menjana ribuan ringgit sebulan lebih daripada orang yang bekerja di pejabat dari 9 pagi hingga 6 petang. - GAMBAR HIASAN SEBASTIAN PANDELACHE/UNSPLASH

    KITA semua pernah mendengar tentang kisah pempengaruh atau pencipta kandungan menjana kekayaan dengan menghasilkan video di YouTube. 

    Ada yang mampu menjana ribuan ringgit sebulan lebih daripada orang yang bekerja di pejabat dari 9 pagi hingga 6 petang. Namun, ia tidak semudah yang disangkakan. Dalam persekitaran 300 jam kandungan dimuat naik setiap minit, agak sukar untuk mendapat perhatian penonton.

    MR. BEAST

    Antara YouTuber yang terkenal dan berjaya menjana pendapatan lumayan ialah Jimmy Donaldson atau lebih dikenali sebagai Mr. Beast. 

    Menurut laporan Forbes, Mr. Beast merupakan YouTuber yang mendapat keuntungan paling banyak dalam sejarah. Pada tahun 2021, dia menjana kira-kira AS$54 juta keuntungan kasar iaitu bersamaan RM248.2 juta.

    Persoalannya, bagaimana dan dari sumber mana YouTuber menjana pendapatan?

    1. Keuntungan iklan di YouTube

    Anda perasan kan setiap kali mahu memainkan mana-mana video di YouTube, akan ada sekurang-kurangnya dua iklan? Ia mungkin menjengkelkan bagi kita tapi itulah salah satu sumber pendapatan YouTuber. 

    Sekiranya anda menonton keseluruhan iklan atau klik iklan tersebut, beberapa jumlah wang akan dimasukkan ke dalam akaun YouTuber itu. Meskipun Google tidak mendedahkan jumlah wang yang diperoleh bagi setiap paparan iklan, tetapi anggaran nilai iklan berkisar antara AS$3 (RM14.02) hingga AS$10 (RM46.75) setiap 1,000 tontonan. 

    Jika anda menghasilkan video yang relevan dan terus mendapat tontonan, ia akan sentiasa menjadi sumber keuntungan buat minggu, bulan atau tahun-tahun akan datang.

    1. Pemasaran afiliasi 

    Oleh kerana hasil daripada iklan tidak selalunya lumayan, YouTuber mempunyai cara kreatif lain untuk menjana wang juga. Sesetengah daripada mereka akan bekerjasama dengan syarikat dan menyertakan pautan afiliasi kepada produk yang mereka bincangkan dalam video.

    Setiap kali seseorang mengklik pautan itu dan membeli produk, YouTuber mendapat beberapa peratusan daripada keuntungan. Biasanya kira-kira lima hingga 20 peratus. Ini cara yang win-win kepada syarikat dan YouTuber itu untuk mendapat keuntungan. 

    1. Derma

    Derma kepada YouTuber mungkin tidak biasa berlaku dalam Malaysia. Tetapi YouTuber di luar negara menggunakan platform Patreon untuk menerima sumbangan, derma atau token daripada peminat sebagai tanda penghargaan.

    Selain itu, ada juga yang menggunakan Patreon sebagai sistem pertukaran untuk memberi kandungan eksklusif atau hadiah lain kepada peminat. 

    Ini adalah cara baik bagi membantu YouTuber baharu. Tetapi, orang ramai kebiasaannya tidak sanggup mengeluarkan wang daripada poket peribadi semata-mata untuk menolong YouTuber menjadi lebih kaya.

    1. Merchandise

    Bagi YouTuber yang sudah mempunyai peminat setia dan penjenamaan yang menonjol, mengeluarkan merchandise sendiri ialah cara alternatif bagi menjana pendapatan sampingan. 

    Ungkapan penarik (catchphrase), logo atau apa-apa yang merujuk kepada identiti YouTuber tersebut boleh dicetak pada barangan seperti beg, pakaian atau aksesori lain. Salah seorang YouTuber tempatan yang sudah mengeluarkan merchandise dan kedai sendiri ialah Fendy Mojo dengan jenamanya Hitam Premium.

    1. Penajaan

    Syarikat dan entiti swasta boleh memilih untuk menaja individu yang mempunyai pengaruh yang kuat atau pengikut yang ramai. Syarikat akan membayar untuk mempromosikan jenama atau menyebut mereka sebagai penaja dalam video tertentu.

    Penaja sudah tentu sudi melabur sejumlah wang yang besar untuk kolaborasi bersama YouTuber yang mempunyai pengikut yang ramai. Mereka anggap ini cara yang mudah untuk mengetengahkan lagi penjenamaan dan pasaran. – RELEVAN

    Previous ArticlePemberian STR dipercepat, disalur sebelum Hari Raya Aidiladha
    Next Article Apa maksud “muzik indie”? Bahagian 1 – Indie sebagai praktis

    Artikel berkaitan

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.