Facebook Twitter
    Trending
    • Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya
    • ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian
    • Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026
    • Kerjaya

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sherpa hero di pergunungan tinggi, ada kelebihan genetik

    Sherpa hero di pergunungan tinggi, ada kelebihan genetik

    By Zubaidah IbrahimJune 12, 2023Updated:June 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANTARA tugas Sherpa adalah membawa muatan ke atas gunung, menyediakan laluan pendakian dan membantu pendaki naik ke puncak.- GAMBAR HIASAN/AFP

    PERISTIWA yang menimpa pendaki negara, Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub dan Muhammad Hawari Hashim bukan sahaja telah membuka mata banyak pihak tentang ekspedisi mencabar di gunung Everest, tetapi juga mengenai insan bergelar Sherpa.

    Sherpa adalah salah satu kumpulan etnik Tibet yang tinggal di bahagian timur laut Nepal. Mereka menetap di pergunungan Nepal (Himalaya) pada ketinggian 3000 meter hingga 5000 meter dan pekerjaan utama adalah membantu pendaki ke puncak gunung.

    Perkataan Sherpa berasal daripada dua perkataan etnik tersebut iaitu Shar ‘timur’ dan waa ‘orang’. Oleh itu, jika diterjemahkan kedua-duanya ia membawa maksud ‘orang dari timur’.

    Walau bagaimanapun, dalam kawasan trekking dan ekspedisi, istilah Sherpa lazimnya digunakan untuk menggambarkan pemandu dan porter altitud tinggi. Mereka sangat berbangga dengan kehebatan warisan mendaki gunung.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tanda-tanda anda menghidap imposter syndrome – Relevan

    Sejarah, agama dan bahasa

    Bermula pada awal abad ke-16, nenek moyang Sherpa mula berhijrah melalui laluan tinggi ke Nepal, kemungkinan besar dari wilayah Tibet timur.

    Mereka menetap di wilayah timur Nepal iaitu wilayah Everest, wilayah Rolwaling dan di wilayah Helambu di utara Kathmandu.

    Bahasa Sherpa adalah serupa dengan bahasa Tibet dan dianggap sebagai cabang bahasa Tibeto-Burman.

    Mereka mengamalkan agama Buddha Nyingma-pa (mazhab Buddha Tertua). Aspek penting agama Sherpa ialah biara atau gompa.

    Populasi Sherpa

    Menurut bancian 2001, populasi Sherpa berjumlah hampir 1,55,000. Kebanyakan Sherpa bekerja dalam sektor pelancongan, perdagangan dan pertanian.

    Sebilangan besar Sherpa telah berpindah ke ibu kota, Kathmandu untuk mencari kehidupan yang lebih baik bagi mereka dan anak-anak.

    Seorang Sherpa akan memperoleh purata AS$ 5,000 (RM 23,010) untuk kerja keras selama dua bulan dalam ekspedisi yang lebih besar iaitu Everest dan gunung 8000 meter yang lain dengan membawa muatan, mendirikan kem dan membimbing orang ke puncak.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber – Relevan

    Sumber ekonomi

    Kegiatan ekonomi tradisional Sherpa tertumpu kepada pertanian dan perdagangan tetapi selepas warga asing melawat Himalaya, pelancong itu membuka sumber pendapatan baharu kepada mereka.

    Sherpa telah mendapat kemasyhuran dunia kerana kemahiran mereka di altitud tinggi dan juga kerana sikap mesra, ramah, gembira serta santai.

    Mereka dianggap sebagai pendaki gunung elit, berkhidmat sebagai pemandu di ketinggian yang melampau, terutamanya untuk ekspedisi altitud tinggi.

    Antara tugas Sherpa adalah membawa muatan ke atas gunung yang mana tiada alat pengangkutan lain tersedia di kawasan itu.

    Selain itu, Sherpa juga menyediakan laluan pendakian dan membantu pendaki naik ke puncak gunung.

    Hari ini, ramai pemandu Sherpa bekerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan membimbing orang ke puncak di bahagian yang berbeza di dunia. Beberapa pemandu Sherpa merupakan pemandu gunung yang diiktiraf oleh IFMGA/UIAGM.

    Mengapa Sherpa dianggap sebagai pendaki gunung yang luar biasa?

    Keupayaan pendakian Sherpa adalah hasil penyesuaian genetik untuk hidup di altitud tinggi.

    Orang Sherpa tinggal di kawasan altitud tinggi di Nepal yang menjadikan mereka menyesuaikan diri dengan altitud tinggi.

    Kajian dan penyelidikan terkini mendapati bahawa Sherpa mempunyai kelebihan genetik dalam altitud tinggi dan dengan itu mereka boleh menyesuaikan diri dengan altitud tinggi.- RELEVAN

    Previous ArticleRakyat Malaysia kini berpeluang bekerja di Tesla
    Next Article Benih Penyelesaian: Memahami isu kualiti dan pembekalan benih padi (Bahagian 1)

    Artikel berkaitan

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026
    Artikel Terkini

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.