Facebook Twitter
    Trending
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026
    • Kerjaya

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    By May 30, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    STANFORD Marshmallow Test memberikan pengajaran berguna untuk kita dalam menjalani kehidupan. - GRAFIK OLEH RELEVAN

    ADA satu eksperimen yang sangat popular dalam dunia psikologi, iaitu Stanford Marshmallow Test.

    Dalam eksperimen ini, sekumpulan kanak-kanak diberikan pilihan sama ada mahu makan seketul marshmallow atau tunggu selama 15 minit untuk dapat seketul lagi marshmallow.

    Setiap kanak-kanak itu dijejak perkembangan hidupnya dan pencapaian mereka diukur, baik dari segi pendidikan, kesihatan, kerjaya dan kemahiran sosial.

    Hasil eksperimen ini mendapati, kanak-kanak yang sanggup menunggu untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar lebih berjaya dalam hidup mereka.

    Eksperimen ini popular kerana ia menjelaskan manfaat kepuasan tertangguh (delayed gratification). Jika anda sanggup bersabar untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, anda mempunyai prospek kejayaan yang lebih tinggi.

    Kuncinya, jangan dekati jalan pintas. Mengambil jalan pintas untuk berjaya kebiasaannya membawa anda lebih dekat kepada kegagalan.

    Contoh mudah, dalam pengurusan kewangan, meminjam duit itu lebih mudah dan cepat apabila anda mahu beli sesuatu yang di luar kemampuan kewangan.

    Namun, hutang datang dengan kesukaran masa depan. Lebih buruk apabila hutang itu datang bersama bayaran faedah.

    Lebih baik jika anda bersabar dan menyimpan. Kepuasannya tertangguh tetapi anda tidak perlu menanggung ketidaktentuan masa hadapan dan bebanan faedah.

    Ambil yang sarat duri

    Hal ini boleh dikaitkan dengan bait dari lagu popular Fynn Jamal, Arjuna Beta. Dalam lagu itu, Fynn melambakkan pesan-pesan kehidupan kepada anaknya, Arjuna Bakti Fitri.

    Antara yang dipesan Fynn, “jalan betul anakanda; tak jelas mata, ambil yang sarat duri”.

    Nampak pesannya pelik. Kenapa pula mahu anaknya memilih jalan sukar apabila keliru? Kenapa tidak ikut saja jalan yang lebih selamat dan kurang cabaran?

    Ini kerana Fynn faham konsep kepuasan tertangguh. Jalan yang penuh duri lebih mendidik dan mendewasakan. Anak yang terdidik dan dewasa lebih bersedia menghadapi cabaran hidup.

    Kito iki wong Jowo

    Hal sama turut dapat ditemui dalam watak Kang Arman lakonan Eman Manan dalam telefilem Parit Jawa.

    Dalam menyelesaikan krisis tanah dan kewangan keluarganya, Arman memilih jalan sukar dengan mengusahakan tanaman bagi membayar nilai pajak tanah itu kepada Pak Mansor.

    Adiknya bertanya, kenapa tidak dikumpul sahaja duit adik-beradik mereka yang ramai untuk melangsaikan bayaran itu?

    Arman tiada jawapan tuntas, jadi dia merujuk pada falsafah leluhurnya dari Tanah Jawa.

    “Dia tidak mahu selesaikan apa-apa masalah dengan cara mudah, cara pintas. Apa-apa yang dia mahu mesti diusahakan, dikerjakan,” katanya.

    Hal yang sukar lebih mudah dielakkan tetapi Arman percaya, jika usaha mereka menebus tanah pusaka itu disusuli dengan kerja keras, prosesnya bakal membawa banyak pengajaran.

    Tergesa-gesa

    Saya ambil satu lagi rujukan seni. Penyanyi Indonesia, Iksan Skuter melagukan lirik, “dunia tumbuh dan tergesa-gesa, meracuni sungai kehidupannya”.

    Selain kemajuan dunia yang memakan alam, maksud lirik ini juga boleh dibingkaikan pada kehidupan manusia yang semakin tergesa.

    Semua mahu cepat dan segera. Rentang perhatian semakin menyempit. Manusia sudah tidak ada masa untuk membaca buku, mendalami idea dan merenung hidup.

    Maka, generasi kita semakin cenderung mengambil jalan pintas. Kepuasan mahu dinikmati sesegera mungkin, tidak mahu ditangguh-tangguh.

    Kaya lawan miskin

    Namun, kesimpulan yang dibuat dalam Stanford Marshmallow Test tidaklah sepenuhnya tepat. Pada 2018, sekumpulan penyelidik dari Universiti New York melawat semula eksperimen tersebut dengan jumlah responden yang lebih ramai dan rencam.

    Eksperimen lama oleh Stanford hanya melibatkan kira-kira 90 kanak-kanak dan semua kanak-kanak itu merupakan pelajar di tadika Stanford. Kebanyakan mereka merupakan anak kepada pelajar atau pensyarah Stanford.

    Eksperimen yang baharu melibatkan 10 kali ganda lebih ramai kanak-kanak dan fokusnya adalah kepada kanak-kanak dengan ibu yang tiada pendidikan tinggi.

    Hasilnya, penyelidik mendapati latar belakang keluarga memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan masa hadapan kanak-kanak. Kajian terbaharu ini membatalkan pandangan mutlak bahawa kemampuan kanak-kanak menangguhkan kepuasan menentukan kejayaan mereka pada masa hadapan.

    Apabila diuji, dalam kalangan kanak-kanak yang ibunya mempunyai pendidikan tertiari, mereka yang terus mengambil ganjaran atau menunggu untuk dapatkan lebih ganjaran tidak menunjukkan perbezaan signifikan di usia dewasa. Begitu juga kanak-kanak dengan ibu tanpa pendidikan tertiari.

    Lebih penting lagi, kajian terbaharu ini turut membongkar punca kanak-kanak dari keluarga susah dan miskin lebih sukar untuk menangguhkan kepuasan.

    “Bagi mereka, hidup setiap hari tidak memberi jaminan. Mungkin hari ini ada makanan di dapur tapi mungkin esok, dapur mereka kosong, jadi ada risiko yang datang apabila menunggu.

    “Malah, walaupun ibu bapa mereka berjanji untuk membeli makanan tertentu, janji itu mungkin dimungkiri kerana desakan kewangan,” lapor The Atlantic.

    Berbeza dengan kanak-kanak dari keluarga senang dan kaya, pengalaman mereka mengajar yang menunggu itu lebih baik kerana hidup mereka terjamin. Makanan sentiasa ada di dapur dan jika mereka menunggu, ibu bapa mereka boleh menjanjikan kepuasan lain.

    Menggenggam pilihan

    Walaupun kajian terbaharu membatalkan dapatan asal Stanford Marshmallow Test, ia tidak menafikan bahawa kepuasan tertangguh mempunyai impaknya yang tersendiri dalam kehidupan manusia.

    Memang sukar untuk kita dapatkan kesimpulan mutlak melalui eksperimen yang sangat panjang seperti Marshmallow Test. Dalam tempoh beberapa dekad, pelbagai faktor boleh hadir dan mempengaruhi hidup seseorang.

    Faktor latar belakang dan kemampuan kewangan seseorang juga tidak boleh diambil ringan. Hidup ini tidak adil, kata orang. Kita akan mengangguk setuju jika kita faham peranan kelebihan (privilege) dalam kehidupan. 

    Jalan yang perlu dilalui seseorang dari keluarga miskin tidak akan pernah sama dengan mereka yang kaya. 

    Namun akhirnya, apabila usia menjengah dewasa, kita perlu mengambil tanggungjawab untuk membina jalan hidup sendiri. Mahu pilih “jalan yang sarat duri” seperti pesan Fynn Jamal atau mendakap “falsafah kerja keras” Eman Manan, pilihan di tangan kita. – RELEVAN

    Previous ArticleMengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    Next Article Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    Artikel berkaitan

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026
    Artikel Terkini

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.