Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

    5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

    By Umi FatehahMay 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 rancangan perubatan yang sesuai menjadi tontonan bakal doktor

    PERJALANAN untuk mengejar cita-cita menjadi seorang doktor atau mana-mana peranan dalam perubatan bukan senang. Ada kalanya anda menjadi tertekan kerana silibus pelajaran dan perlu meluangkan masa yang lama dalam sehari untuk belajar agar dapat menjadi doktor yang baik.

    Sehinggakan, kadang kala ketika anda mahu berehat sebentar daripada menelaah buku dan nota juga rasa serba salah. Jangan risau, anda boleh menonton rancangan perubatan. Melalui cara ini, anda dapat belajar tentang perubatan dengan lebih santai.

    Namun begitu, sebelum Relevan kongsikan beberapa rancangan perubatan, perlu diingatkan bahawa apa yang diceritakan mungkin tidak 100 peratus realistik tetapi mungkin hampir tepat dengan realiti dunia perubatan.

    Berikut adalah senarai rancangan perubatan dengan skor ketepatan yang diiktiraf oleh para doktor seperti yang dikongsikan di TV Insider untuk tontonan anda.

    1. Grey’s Anatomy
    BARISAN pelakon Grey’s Anatomy

    Pasti anda sudah tidak asing lagi dengan rancangan bersiri ini. Grey’s Anatomy mula ditayangkan pada tahun 2005. 

    Disebabkan ia menerima reaksi yang baik daripada penonton, rancangan ini sudah memasuki siri atau musim ke 19. Pada awal tahun lalu, ABC iaitu syarikat produksi bagi rancangan ini mendedahkan mereka akan menayangkan musim ke 20 di sekitar tahun ini.

    Meskipun rancangan ini menerima sambutan yang baik dalam kalangan penonton, para doktor tidak mempunyai pendapat yang sama. Ia menerima skor ketepatan 3/10 kerana plotnya yang kurang realistik.

    Bermula dengan pelatih doktor yang melakukan pembedahan dan memintas pegawai atasan hospital, doktor residen membuat kesilapan yang teruk berulang kali tanpa dihukum, Grey’s Anatomy tidak menceritakan kehidupan di hospital dengan tepat tetapi sedikit sebanyak masih mengajar ilmu perubatan.

    1. New Amsterdam
    PELAKON utama New Amsterdam, Ryan Eggold

    New Amsterdam juga menerima reaksi yang baik dan berjaya menambat hati peminat rancangan perubatan. Rancangan ini mula ditayangkan pada tahun 2018 dan mempunyai lima musim.

    Berita baiknya, ia juga menerima pengiktirafan daripada para doktor kerana New Amsterdam mempunyai gambaran yang paling tepat mengenai rawatan perubatan. Atas sebab itu, rancangan ini menerima skor 6/10.

    1. The Good Doctor
    FREDDIE Highmore sebagai watak utama The Good Doctor

    Apa yang menjadikan The Good Doctor unik jika dibandingkan dengan drama perubatan lain ialah kerana watak utama, Dr. Shaun Murphy yang dimainkan oleh Freddie Highmore mempunyai autisme dan sindrom savant (penyakit mental yang genius).

    Rancangan ini meneroka bagaimana keadaan Murphy mempengaruhi pengalamannya sebagai pelatih doktor bedah dan menceritakan pengalaman watak utama menyesuaikan diri dengan tuntutan latihan perubatan.

    Walaupun terdapat beberapa elemen yang kurang tepat seperti memasuki dewan bedah tanpa memakai pelitup muka atau operasi pembedahan yang tidak diperlukan, The Good Doctor menggunakan jargon perubatan, diagnosis dan rawatan dengan tepat. Justeru itu, ia menerima skor ketepatan 6/10.

    1. House
    HUGH Laurie sebagai Dr. House

    Watak utama iaitu Dr. House yang dimainkan oleh Hugh Laurie mungkin menjadi salah satu sebab mengapa rancangan ini diminati ramai selain plotnya yang dikatakan menarik.

    Walaupun peminat sukakan plot penceritaan House, kelemahan yang paling jelas dalam rancangan ini ialah meskipun Dr. House mempunyai ketagihan opioid (dadah yang mempunyai kesan sampingan seperti morfin), dia masih boleh menjadi doktor.

    Ketagihan dalam kalangan doktor boleh menjadi realiti dan mungkin berlaku kepada beberapa doktor, tetapi sikap Dr. House yang kerap mengambil pil tersebut dan tingkah lakunya yang kurang profesional sudah pastinya merisikokan lesen perubatannya.

    Disebabkan rancangan ini menceritakan doktor yang menyalahgunakan ubat dan tingkah laku yang tidak profesional, ia menerima skor ketepatan 4/10.

    1. Scrubs
    BARISAN pelaon Scrubs

    Scrubs yang mula ditayangkan pada 2001 hingga 2010 terkenal dengan plotnya yang berunsur komedi. 

    Meskipun berunsur komedi, Scrubs menduduki tempat sebagai rancangan perubatan paling realistik dengan skor keseluruhan 9/10. 

    Walaupun tidak sempurna, Scrubs berjaya menceritakan proses latihan residensi dan dinamik sebuah hospital yang betul dan hampir dengan apa yang terjadi dalam realiti dunia perubatan. 

    Selain itu, kes-kes perubatan yang ditayangkan juga realistik. Ditambah pula dengan kaedah rawatan yang digunakan, semuanya menerima maklum balas yang baik daripada doktor sebenar. – RELEVAN

    Previous ArticleMengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu
    Next Article 6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

    Artikel berkaitan

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.