Facebook Twitter
    Trending
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Syarat dan cara memohon penangguhan bayaran balik PTPTN

    Syarat dan cara memohon penangguhan bayaran balik PTPTN

    By Umi FatehahApril 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Syarat dan cara memohon penangguhan bayaran balik PTPTN. - GAMBAR HIASAN AMIR KHALID

    JIKA diimbas kembali, pembentangan Belanjawan 2023 yang dilakukan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu ada menyentuh beberapa perkara berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Salah satunya ialah mengenai penangguhan bayaran balik PTPTN. Inisiatif ini dilakukan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan. 

    Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam dengan beberapa syarat. Permohonan penangguhan ini juga sudah boleh dibuat mulai 1 Mac sehingga 30 Jun 2023. Kelulusan pula hanya diberikan sekali sahaja.

    Syarat kelayakan memohon penangguhan bayaran balik PTPTN

    • Peminjam yang dalam tempoh membayar balik.
    • Peminjam yang mempunyai pendapatan bulanan RM1,800 (gaji kasar) ke bawah.
    • Peminjam yang telah menyertai Debt Management Programme (DMP) di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi pinjaman PTPTN adalah tidak layak.

    Cara memohon penangguhan bayaran balik PTPTN

    1. Peminjam hendaklah membuat permohonan secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN.
    2. Isikan maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.
    3. Peminjam hendaklah memuat naik dokumen pendapatan yang terkini mengikut kategori pekerjaan seperti berikut:
    • Sektor awam/ swasta – Slip Gaji Terkini (untuk sebulan) atau Penyata Cukai atau Penyata Terperinci Tahun 2023 KWSP
    • Bekerja sendiri/ Tidak bekerja/ Pesara swasta – Penyata Terperinci Tahun 2023 KWSP atau Akuan Sumpah oleh Pesuruhjaya Sumpah
    • Pesara awam – Penyata Pencen atau Akuan Sumpah oleh Pesuruhjaya Sumpah

    Selepas anda sudah menghantar borang permohonan, PTPTN akan memaklumkan status kelulusan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima. Kelulusan akan diberikan berdasarkan dokumen pendapatan yang dimuat naik.

    Tempoh penangguhan bayaran balik

    Penangguhan bayaran balik adalah selama 6 bulan bermula pada bulan kelulusan  penangguhan diberikan seperti jadual di bawah:

    Tempoh pemohonan penangguhan bayaran balik PTPTN. – SUMBER PTPTN

    NOTA: Semakan silang akan dibuat dengan mana-mana agensi yang relevan bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah sahih dan betul.

    Peminjam yang membuat pemotongan gaji atau debit terus

    Bagi peminjam yang membuat pemotongan gaji atau debit terus, mereka perlu membuat permohonan penangguhan seperti yang ditetapkan.

    Setelah diluluskan penangguhan, arahan pemberhentian potongan gaji akan dikeluarkan kepada majikan terlibat. Hal ini berkecuali bagi data potongan gaji yang telah dikemukakan oleh PTPTN kepada majikan. Sekiranya terdapat bayaran balik yang diterima, wang tersebut tidak akan dipulangkan.

    Potongan gaji tidak akan berlaku dalam tempoh penangguhan jika permohonan dibuat sebelum penghantaran data potongan gaji. Namun, potongan gaji akan berlaku dalam tempoh penangguhan jika permohonan dibuat selepas penghantaran data potongan gaji.

    Bagi mengelakkan potongan gaji berlaku dalam tempoh penangguhan, anda perlu semak semula jadual tarikh penghantaran data potongan gaji sebelum memohon penangguhan. 

    Rujuk jadual berikut untuk tempoh penghantaran data potongan gaji:

    TEMPOH penghantaran Data potongan gaji. – SUMBER PTPTN

    Rujuk jadual berikut untuk tempoh penghantaran data debit terus:

    TEMPOH penghantaran data debit terus. – SUMBER PTPTN

    – RELEVAN

    Previous ArticlePemandu e-hailing gesa agar harga tambang diseragamkan seluruh negara
    Next Article Jangan lemas dalam data, urus dan manfaatkannya untuk syarikat

    Artikel berkaitan

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.