Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 petua menjaga kesihatan selepas terlebih makan juadah raya

    7 petua menjaga kesihatan selepas terlebih makan juadah raya

    By Umi FatehahApril 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 petua menjaga kesihatan selepas terlebih makan juadah raya. - GAMBAR HIASAN MUFID MAJNUN/UNSPLASH

    HARI Raya Aidilfitri yang disambut setahun sekali merupakan peluang terbaik untuk kita semua mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga meraikan bersama sahabat handai dengan budaya kunjung-mengunjung.

    Selain itu, turut dirindui ialah keenakan aneka juadah raya yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja tidak menolak untuk menjamahnya walaupun sedang berdiet.

    Bukan setiap hari kita boleh menikmati keenakan rendang, kuah kacang dan kuih muih hari raya. Oleh itu, sesiapa sahaja tidak mampu menahan godaan untuk menikmati juadah tersebut sehingga ada yang makan berlebihan.

    Sehubungan itu, pada kali ini Relevan kongsikan tujuh petua untuk kembali menjaga pemakanan selepas terlebih makan ketika hari raya.

    1. Minum air panas dan lemon pada waktu pagi

    Ia merupakan kaedah terbaik untuk membersihkan sistem pencernaan, terutamanya jika anda makan makanan yang berminyak dan kurang sihat pada hari sebelumnya. 

    Air panas dan lemon akan membantu meningkatkan sistem imun, mengimbangi paras pH dan merangsang penyingkiran toksin dari badan.

    1. Tingkatkan hidrasi

    Apabila berasa kurang tenaga selepas mengambil makanan yang tinggi kandungan gula, minyak atau kurang berkhasiat, ada sesetengah orang akan meminum kopi atau kafein untuk kembali segar.

    Tetapi hakikatnya, kafein boleh membuat anda lebih dehidrasi dan letih. Sebaiknya, tingkatkan pengambilan air kosong. Biasakan untuk membawa bersama sebotol air minuman kemana sahaja anda pergi. 

    Di samping meningkatkan hidrasi, pengambilan air yang cukup akan meremajakan sel-sel dalam badan dan membantu membersihkan sistem pencernaan melalui pembuangan air kencing.

    1. Rehatkan sistem penghadaman

    Cuba amalkan pemakanan sup atau jus yang kaya dengan sayur-sayuran yang bersifat menyahtoksik atau detoks seperti asparagus, brokoli dan bayam. 

    Detoks cara ini akan merehatkan tubuh badan daripada mengunyah dan mencerna makanan pepejal sekali gus, merehatkan sistem penghadaman.

    Tambah sayur-sayuran berdaun gelap dalam jus dan gunakan bawang putih serta bawang besar dalam sup anda.

    1. Bersenam

    Bersenam adalah salah satu cara terbaik apabila anda terlebih makan. Berlari, berbasikal mahupun berjalan kaki sahaja sudah cukup membantu membebaskan toksin dalam badan.

    Selain itu, ia juga meningkatkan rangsangan endorphin dan membuatkan anda berasa lebih segar.

    1. Bersauna

    Bersauna dan diikuti dengan mandi menggunakan air sejuk boleh membantu anda membuang toksin, meningkatkan peredaran darah dan membantu anda menghilangkan tekanan. Ia juga boleh mencerahkan kulit serta membantu menghilangkan mata yang sembab.

    1. Tambah baik diet

    Daripada berasa seperti anda perlu melakukan ritual pembersihan sistem penghadaman setiap kali anda didapati bersalah kerana terlebih makan, fokus pada perkara yang boleh anda tambahkan ke dalam diet anda. 

    Erti kata lain, tidak semestinya anda perlu menahan diri daripada menyentuh rendang. Tetapi, selepas anda makan rendang dan juadah raya lain, tingkatkan pengambilan air dan sayur-sayuran berdaun gelap ke dalam diet harian.

    1. Maafkan diri sendiri

    Bukankah bulan Syawal bulan bermaaf-maafan? Jangan lupa maafkan diri sendiri juga selain bermaafan dengan orang lain. Kita semua hanya manusia biasa dan ada kalanya mahu menikmati kehidupan yang sementara di bumi tuhan ini.

    Jadi, tidak salah untuk menikmati juadah raya dan berseronok. Tetapi, seimbangkan dengan penjagaan kesihatan. Tarik nafas, hembus dan bebaskan diri anda daripada sebarang rasa bersalah dan keluar untuk menghirup udara segar dan bersenam! – RELEVAN

    Previous ArticleTerlajak berbelanja untuk hari raya? Pakar kongsikan tip bina semula simpanan
    Next Article Tidur dengan kanta lekap berisiko ulser kornea

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.