Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Besar pengaruh, besarlah tanggungjawab

    Besar pengaruh, besarlah tanggungjawab

    By April 21, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BAGI Eizuwan (duduk, kanan) kerjaya sebagai pencipta kandungan datang dengan tanggungjawab moral yang tinggi. - GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI (UTUSAN)

    SENGAJA saya duga Eizuwan Eizuddin, meminta pandangannya tentang sesetengah pempengaruh yang menggunakan kontroversi untuk popular.

    Bukan seorang dua. Ramai yang gunakan bahasa kesat, kandungan lucah malah penipuan untuk mencipta nama dalam media sosial.

    Labanya juga besar. Berbondong-bondong pengikut datang. Namanya disebut ke sana ke sini.

    “Disebabkan kita ada pengaruh, kita kena bertanggungjawab. Tingkah laku masyarakat kita bergantung kepada apa yang mereka lihat dan dengar, terutamanya kanak-kanak. Kalau tonton video yang penuh maki-maki, mereka akan terikut.

    “Kita buat kandungan yang bodoh dan negatif memang boleh naik, duit pun dapat banyak tapi kena fikir juga apa kesan jangka masa panjang kandungan itu,” kata Eizuwan.

    Prinsip Eizuwan mudah dan dia senada dengan Ben Parker: “With great power comes great responsibility”. Untuk menampung besarnya kuasa pengaruh media sosial pada zaman ini, para pempengaruh perlu ada rasa tanggungjawab dan etika.

    “Kita perlu bertanggungjawab terhadap audiens kita. Kita ada kuasa untuk mempengaruh, apa yang kita buat akan beri kesan kepada ramai orang.

    “Saya pun dulu ada buat ulasan barang-barang tiruan tapi sekarang dah tak buat lagi. Sebab ini berkaitan dengan etika kami sebagai pencipta kandungan.

    “Yang buat kandungan dengan cara maki-maki selalunya susah nak bertahan. Mereka akan popular tapi untuk terus bertahan dan mendapat tajaan jenama-jenama agak susah, sebab jenama sendiri pun mahu jaga imej mereka,” terangnya.

    TIDAK terpalit dengan sebarang kontroversi setakat ini, Eizuwan menolak untuk popular dengan kandungan yang negatif. – GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI (UTUSAN)

    Jadi guru

    Menurut Eizuwan, imej yang bersih dari sebarang kontroversi membantu perkembangannya sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh. Itu juga antara faktor dia dipelawa masuk dalam komuniti #TikTokGuru.

    “TikTok Malaysia mahu promosikan TikTok sebagai platform untuk pendidikan. Kita boleh belajar banyak benda dari video-video yang ada jadi mereka wujudkan komuniti #TikTokGuru ini.

    “Dalam komuniti ini ada banyak kategori, seperti kandungan makan, kembara, gaming dan lain-lain,” kata Eizuwan.

    Melalui #TikTokGuru, pencipta kandungan seperti Eizuwan akan dilibatkan dalam pelbagai kempen kesedaran, termasuk baru-baru ini berkenaan autisme.

    Dengan #TikTokGuru juga, Eizuwan dapat membina jaringan yang lebih besar dalam dunia penciptaan kandungan. Beberapa kali juga dia dijemput menghadiri majlis eksklusif melibatkan pencipta kandungan ternama.

    Macam pisau, boleh diguna untuk siang ikan atau bunuh orang, begitu juga TikTok. Anda boleh buang masa tonton kandungan mengarut berjam-jam atau anda boleh belajar banyak perkara melalui video-video yang bermanfaat.

    Kini, TikTok sudah menjadi platform pendidikan dan pencipta kandungan seperti Eizuwan semakin mendapat perhatian. Tinggal anda saja nak memilih, mahu tonton kandungan yang bagaimana? – RELEVAN

    Previous ArticleMenganjak hobi jadi kerjaya: Kembara Eizuwan menjadi pencipta kandungan
    Next Article Tidak perlu beli suplemen mahal, 5 makanan ini boleh tingkatkan sistem imunisasi anak-anak

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.