Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ibu bapa jangan panik, 7 tip ini bantu perjalanan balik kampung lebih seronok

    Ibu bapa jangan panik, 7 tip ini bantu perjalanan balik kampung lebih seronok

    By Zubaidah IbrahimApril 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERANCANGAN perjalanan penting untuk mewujudkan suasana menyeronokkan sepanjang perjalanan.- GAMBAR HIASAN/JCOMP/FREEPIK

    PERJALANAN yang panjang cukup meresahkan bagi kanak-kanak dan anak-anak kecil apabila perlu berhadapan jalan raya yang sesak selama berjam-jam sehingga mendatangkan keadaan kurang selesa lantas mereka akan mula ‘buat perangai’.

    Sudah pasti suasana tegang yang disambut dengan tangisan sahut-sahutan anak-anak akan memeningkan kepala ibu bapa. 

    Oleh itu, Relevan mencadangkan 7 langkah ini yang boleh dicuba oleh ibu bapa untuk memastikan perjalanan anda sekeluarga  pulang ke kampung berhari raya dapat dilalui dengan tenang, selamat dan menyeronokkan.

    1.   Latihan perjalanan

    Latihan perjalanan jauh sangat penting untuk menyediakan mental anak-anak dan pada masa sama anda juga dapat melihat perangai mereka ketika berjalan jauh dengan menaiki kenderaan.

    Luangkan masa di hujung minggu untuk membiasakan anak-anak anda berada di dalam kereta. Ini penting bagi mereka yang baharu sahaja bergelar ibu bapa dan tidak ada pengalaman berjalan jauh bersama anak kecil.

    Latihan sebegini bukan sahaja dapat membantu membuatkan anak-anak anda berasa selesa dan bersedia, tetapi ibu bapa juga dapat mempersiapkan diri mereka ketika berjalan jauh bersama anak kecil.

    1.   Keselesaan di dalam kereta

    Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selesa dan selamat untuk perjalanan panjang jauh bersama anak-anak. Kenderaan perlu diperiksa serta diselenggara bagi mengelakkan sebarang kerosakan atau kemalangan.

    Ibu bapa juga perlu memeriksa dan memastikan tempat duduk bayi anda dipasang dengan selamat bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.

     ARTIKEL BERKAITAN: Jangan balik kampung beraya jika belum buat 9 perkara ini – Relevan

    1.   Mainan dan hiburan

    Jangan lupa, sediakan mainan dan hiburan untuk anak-anak di dalam kereta supaya mereka tidak bosan dan dapat mengalih perhatian kesesakan lalu lintas serta keletihan perjalanan yang panjang.

    Nyanyian, tontonan rancangan kanak-kanak dan permainan teka-teki antara aktiviti yang boleh membuatkan anak-anak leka di dalam kereta.

    Permainan sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan dan meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.

    1.   Perut kenyang senang hati

    Selain hiburan, makanan juga sangat penting disediakan di dalam kereta kerana perut yang lapar akan membuatkan anak-anak meragam. Oleh itu, sediakan snek untuk kudap-kudapan.

    Anda boleh sediakan buah-buah atau bijirin sihat untuk anak-anak makan mengisi perut sebelum sampai kawasan rehat dan rawat (R&R) atau kedai makan berdekatan untuk menikmati makanan berat.

    1. Jangan panik

    Apabila anak kecil anda mula bosan dengan perjalanan dan air mata mula mengalir dengan diiringi teriakan tangisan, perkara terbaik untuk dilakukan ialah membuat hentian sekejap.

    Namun, tidak tidak semua tempat sesuai untuk berhenti, anda perlu bertenang dan jangan panik. Cuba tenangkan mereka dengan memberikan minuman, snek atau memasang muzik serta video kegemaran.

    Anda perlu utamakan keselamatan ketika memandu dan jika terganggu dengan tangisan mereka dikhuatiri akan membawa bahaya.

     ARTIKEL BERKAITAN: 7 tip penjagaan tayar tahan lama, jimat duit – Relevan

    1. Ketahui laluan anda

    Anda perlu merancang perjalanan lebih awal dengan meninjau tempat yang sesuai untuk anda sekeluarga berhenti meregangkan badan, berehat seketika dan menjamu selera.

    Ramai bersetuju perjalanan waktu malam adalah paling sesuai bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak kecil kerana pada masa ini adalah waktu tidur mereka.

    Selain itu, waktu malam juga lebih nyaman dan tidak panas seperti siang hari.

    1. Peti pertolongan cemas

    Malang tidak berbau, ibu bapa perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan dengan menyediakan peti pertolongan cemas di dalam kenderaan.

    Anak-anak yang bergerak aktif kemungkinan ada yang terluka dan kita juga tidak boleh menolak kemungkinan kemalangan di jalan raya.

    Sebaiknya, ibu bapa juga perlu meningkatkan kemahiran pertolongan cemas dan bantuan pernafasan CPR.

    –       RELEVAN

    Previous ArticleHikayat lelaki miang dan perempuan penyondol 
    Next Article Beraya sambil beringat, jangan abaikan kesihatan

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.