Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 ciri pekerjaan yang paling tidak bahagia di dunia

    3 ciri pekerjaan yang paling tidak bahagia di dunia

    By Umi FatehahMarch 31, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEJURUS sahaja tamat pengajian, ramai di antara kita mahu terus mula bekerja untuk mencari wang bagi menampung kehidupan. Hidup sebagai orang dewasa bermakna perlu menjadi lebih bertanggungjawab dan sudah perlu menanggung pelbagai komitmen.

    Umum mengetahui kepentingan bekerja. Tetapi, bagaimana jika pekerjaan yang dilakukan itu membuatkan hidup lebih tertekan kerana tanggungjawab dan beban kerja? 

    Jika ditanya apakah pekerjaan yang paling tidak bahagia di dunia, pekerjaan apakah yang terlintas di fikiran anda?

    Sekiranya anda memikirkan pekerjaan jawatan peringkat permulaan atau pekerjaan bergaji rendah sebagai pekerjaan yang paling tidak bahagia, fikirkan semula.

    Menurut kajian yang dilakukan selama 85 tahun oleh Universiti Harvard, pekerjaan yang paling tidak gembira selalunya pekerjaan yang mempunyai interaksi minima dengan manusia lain. 

    Sejak 1938, penyelidik daripada Universiti Harvard telah menemu bual lebih daripada 700 pekerja dari seluruh dunia dan menyelidik berkaitan kehidupan kerja mereka.

    Profesor Psikiatri di Harvard Medical School, Robert Waldinger dan Pengarah Harvard Study Of Adult Development, menjalankan kajian mengenai kebahagiaan dan keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance). 

    Berdasarkan kajian tersebut, mereka merumuskan rahsia untuk menjalankan kehidupan yang lebih bahagia, sihat dan jangka masa yang lama. 

    Anda tidak perlu bergantung semata-mata dengan wang, kejayaan profesional, senaman atau diet yang sihat. Tetapi, perhubungan positif sesama manusia juga mendorong kepada kehidupan yang bahagia.

    1. Kurang interaksi dengan manusia

    Hasil kajian itu menjelaskan salah satu rahsia mencapai keseimbangan kerja-kehidupan ialah kepentingan untuk bekerja dalam pasukan. 

    Bekerja dalam pasukan diperlukan bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti, tetapi juga sebagai penyuntik semangat dalam kalangan pekerja melalui interaksi.

    Manakala bagi pekerjaan yang memerlukan minima atau langsung tiada interaksi dengan manusia dan tidak menawarkan peluang untuk berinteraksi dengan rakan sekerja dikatakan mungkin pekerja yang paling tertekan.

    2. Kesunyian di pejabat

    Sejak bermulanya pandemik Covid-19, kerja dari rumah semakin dinormalisasikan terutamanya dalam sektor seperti teknologi, reka grafik dan perkhidmatan runcit dalam talian yang mana pekerja sering bekerja secara berasingan daripada rakan sekerja.

    Situasi ini membuatkan tidak semua anggota syarikat akan hadir ke pejabat. Mungkin jabatan yang perlu bekerja di pejabat sahaja akan menghadirkan diri. Bagi jabatan yang lain, mereka dibolehkan bekerja dari rumah

    3. Kurang perpaduan di tempat kerja

    Melalui mewujudkan hubungan yang baik dengan rakan sekerja boleh membantu anda bekerja dengan lebih baik dan juga meningkatkan produktiviti.

    Cuba cari rakan sekerja yang berkongsi minat yang sama. Bentuk sebuah kumpulan atau kelab dengan mereka seperti kelab buku, kelab sukan atau kelab mendaki dan juga kelab kaunseling.  

    Jangan takut untuk meminta bantuan atau bimbingan. Dalam masa yang sama, anda perlu bersedia untuk membantu orang lain juga.

    Jika boleh, cuba cari tempat kerja di mana anda dibenarkan berkomunikasi dengan rakan sepasukan sama ada berkaitan kerja atau subjek yang tidak berkaitan dengan kerja. 

    Jika pengurus atau budaya kerja di pejabat menghargai semangat kerja berpasukan, ia akan menjadi lebih mudah. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.