Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    By Umi FatehahMarch 23, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BERKAIT dengan musim persekolahan pula, pasti banyak yang perlu dibeli seperti baju sekolah, buku dan perkakas sekolah yang lain.

    Jadi, bagi ibu bapa yang runsing merancang perbelanjaan persekolahan dan perayaan kali ini, penulis buku Bergaji & Pokai, Suraya Zainudin menasihatkan untuk teliti semula bajet dan susun mengikut kepentingan.

    SURAYA Zainudin, penulis buku Bergaji & Pokai

    “Seharusnya pendidikan diutamakan dan kemudian barulah perbelanjaan untuk musim perayaan. Katakan bajet ada RM5,000 untuk dibelanjakan bagi keperluan persekolahan dan musim perayaan.

    “Dahulukan dan asingkan sejumlah wang pembelian berkaitan sekolah. Katakan ada baki sebanyak RM2,000, gunakan baki itu untuk raya atau apa-apa pembayaran yang penting seperti bil dan sebagainya,” tegasnya.

    Jelas Suraya lagi, dalam waktu sebegini, memang jelas kepentingan simpanan yang cukup, termasuklah simpanan kecemasan.

    “Situasi seperti kesesakan wang kerana perlu melengkapkan barang persekolahan anak-anak dan persiapan menyambut hari raya adalah salah satu contoh anda boleh menggunakan simpanan kecemasan.

    “Ada kalanya kita terlepas pandang atau terlupa untuk mulakan simpanan dan bajet dari awal. Namun, perlu ingat, selepas menggunakan wang kecemasan, pastikan tambah semula,” nasihatnya. 

    Berhutang untuk beraya

    Bolehkah kita berhutang untuk beraya?

    “Jawapannya mestilah tidak. Tetapi saya agak faham kenapa sesetengah orang rasa terdesak sehingga sanggup meminjam duit daripada ah long. Mereka yang sampai mahu berhutang ni rata-rata disebabkan ada kebimbangan kewangan (financial anxiety).

    “Kebimbangan ini pula akan berlanjutan dalam kitaran. Apabila kurang pendapatan, akan ada kebimbangan. Apabila ada kebimbangan dan tertekan, timbul pula rasa mahu melepaskan tekanan atau self reward. Jadi, akan berbelanja lagi.

    “Bila dah berbelanja tengok duit berkurangan, kembali pula pada fasa kebimbangan,” tegasnya.

    Kongsi Suraya, jangan jadikan hutang sebagai penyelesaian. Cari cara untuk tambah pendapatan.

    Dalam masa yang sama, tidak dinafikan secara sistemiknya, gaji rakyat Malaysia juga boleh katakan rendah. Merujuk kepada Statistik Gaji dan Upah tahun 2021 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji penengah (median) seseorang yang berumur 25 hingga 34 tahun cuma RM2,001.

    SUMBER: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

    Gaji juga diberi mengikut tahap kemahiran, umur, jantina, pendidikan dan faktor lain. Sekiranya seseorang itu berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia, gaji penengah mereka ialah RM1,797.

    Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, mungkin mereka hanya cukup- cukup makan dan tidak dapat menyimpan untuk masa hadapan.

    “Jadi, kita kena tahu kenapa seseorang itu terpaksa berhutang. Stereotaip pokai sebab beli-belah mengikut nafsu sahaja tidak berapa tepat.

    “Kalau tengok data individu bankrap yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, kebanyakan orang bankrap sebab pinjaman rumah dan kereta, bukan sebab beli barang raya atau keperluan lain.

    “Oleh itu, kita kena sokong usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan seperti bantuan untuk usahawan dan lain-lain lagi. Dalam masa sama, kita juga kena berusaha untuk tingkatkan pendapatan diri sendiri, bukan tunggu disuap sahaja,” tambah Suraya lagi.

    Jika anda perasan, kebanyakan perniagaan sekarang menawarkan khidmat Buy Now Pay Later (BNPL). Peniaga rata-rata menggunakan BNPL sebab melalui kaedah ini, jumlah penjualan mereka meningkat. Hal ini disebabkan oleh ramai orang yang guna BNPL untuk beli sesuatu yang di luar bajet.

    “Boleh dikatakan kalau anda perlu ambil BNPL, maknanya kurang berkemampuan untuk beli. Tapi setiap orang ada lain taraf berkemampuan, ia subjektif. Terpulang kepada cara merancang perbelanjaan masing masing.

    “Ramai yang termakan dengan tawaran bayaran serendah RM100 sahaja selama tiga bulan. Orang mungkin cakap RM100 sahaja, mereka mampu. Hakikatnya, ini adalah perangkap untuk berbelanja lebih daripada kemampuan,” jelasnya.

    Sementara itu, isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan habis dibincangkan. Sesetengah orang akan membuat keputusan kewangan yang mereka sendiri pun tahu tidak elok untuk diri mereka kerana kesesakan duit pada masa sekarang.

    Kebanyakan daripada mereka pun sudah tahu apa kesannya iaitu tidak cukup simpanan untuk kehidupan selepas bersara nanti. Mereka sedar akan apa kesannya pada masa hadapan.

    Jika diperhatikan daripada komen dan reaksi orang ramai di media sosial, ramai yang berkata, mereka menyedari bahawa duit itu untuk persaraan kelak. Namun, mereka dalam keadaan yang sangat memerlukan wang.

    “Sebenarnya apa sahaja yang mereka rasa dan luahkan itu sah (valid) sahaja. Kita tidak boleh nak remehkan kesusahan mereka sekarang. Pada saya, daripada kecam mereka, lebih bagus beritahu mana-mana badan seperti zakat dan sebagainya yang mungkin boleh menolong.

    “Selain itu, boleh tolong mereka promosikan bisnes mereka (sekiranya ada). Kalau tidak mampu menyumbang atau ada benda baik nak diucapkan, lebih baik diamkan diri sahaja. Kalau kita berbalah semula, akan jadi lebih besar. Sebab itu isu ini tidak akan habis dibincangkan,” ulasnya.

    Suraya berkata, kebanyakan masalah yang timbul berpunca daripada kurangnya pendidikan kewangan. Kita perlu tambah ilmu kewangan sendiri untuk tahu apa salah dan kekurangan sendiri dalam mengurus kewangan. Caranya banyak, sama ada mahu atau tidak sahaja. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.