Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 puisi buat anda di hari puisi

    7 puisi buat anda di hari puisi

    By March 21, 2023Updated:March 24, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SAJAK Nikmat oleh A. Samad Said merupakan antara puisi kegemaran Relevan. - GAMBAR UTUSAN

    SEJAK 1999, Hari Puisi Sedunia disambut pada 21 Mac bagi sebagai penghargaan untuk kesenian yang mekar hidup di seluruh pelusuk dunia, iaitu puisi.

    Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Hari Puisi Sedunia mula disambut pada 21 Mac ketika Persidangan Umumnya yang ke-30 di Paris, Perancis pada 1999.

    Tujuannya untuk menyokong kepelbagaian linguistik melalui ekspresi puitis dan meningkatkan peluang untuk bahasa-bahasa yang hampir pupus didengari.

    “Hari Puisi Sedunia adalah keraian untuk memberi penghormatan kepada para penyajak; menghidupkan semula tradisi lisan deklamasi puisi; menggalakkan pembacaan, penulisan dan pengajaran puisi; memupuk penyatuan puisi dengan cabang seni lain seperti teater, tarian, muzik dan lukisan serta meningkatkan keterlihatan puisi dalam media.

    “Kerana puisi terus menyatukan manusia dari seluruh benua, semua orang dijemput meraikannya,” kata Unesco.

    Sempena sambutan Hari Puisi Sedunia ini, Relevan mahu kongsikan tujuh puisi kegemaran kami buat anda semua.

     

    • Nikmat – A. Samad Said
    Segala yang dihasrat
    tapi tak didapat
    adalah nikmat
    yang paling padat.

     

    • Sajak Ibu – Wiji Thukul
    ibu pernah mengusirku minggat dari rumah
    tetapi menangis ketika aku susah
    ibu tak bisa memejamkan mata
    bila adikku tak bisa tidur karena lapar
    ibu akan marah besar
    bila kami merebut jatah makan
    yang bukan hak kami
    ibuku memberi pelajaran keadilan
    dengan kasih sayang
    ketabahan ibuku
    mengubah rasa sayur murah
    jadi sedap
    
    ibu menangis ketika aku mendapat susah
    ibu menangis ketika aku bahagia
    ibu menangis ketika adikku mencuri sepeda
    ibu menangis ketika adikku keluar penjara
    
    ibu adalah hati yang rela menerima
    selalu disakiti oleh anak-anaknya
    penuh maaf dan ampun
    kasih sayang ibu
    adalah kilau sinar kegaiban tuhan
    membangkitkan haru insan

     

    • Sajak Pertemuan Mahasiswa – WS Rendra
    Matahari terbit pagi ini
    Mencium bau kencing orok di kaki langit
    Melihat kali coklat menjalar ke lautan
    Dan mendengar dengung lebah di dalam hutan
    
    Lalu kini ia dua penggalah tingginya
    Dan ia menjadi saksi kita berkumpul di sini memeriksa keadaan
    
    Kita bertanya:
    Kenapa maksud baik tidak selalu berguna?
    Kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga?
    Orang berkata: “Kami punya maksud baik.”
    Dan kita bertanya: “Maksud baik saudara untuk siapa?”
    
    Ya! Ada yang jaya, ada yang terhina
    Ada yang bersenjata, ada yang terluka
    Ada yang duduk, ada yang diduduki
    Ada yang berlimpah, ada yang terkuras
    
    Dan di sini kita bertanya:
    “Maksud baik saudara untuk siapa?
    Saudara berdiri di pihak yang mana?”
    
    Kenapa maksud baik dilakukan
    Tetapi makin banyak petani yang kehilangan tanahnya
    Tanah-tanah di gunung telah menjadi milik orang-orang di kota
    Perkebunan yang luas
    Hanya menguntungkan segolongan kecil sahaja
    Alat-alat kemajuan yang diimpor
    Tidak cocok bagi  petani yang sempit tanahnya
    
    Tentu kita bertanya: 
    “Maksud baik saudara untuk siapa?
    “Kita mahasiswa tidak buta.”
    
    Sekarang matahari semakin tinggi
    Lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala
    Dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya:
    Kita ini dididik untuk memihak yang mana?
    Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini
    Akan menjadi alat pembebasan
    Ataukah akan menjadi alat penindasan?
    Kita menuntut jawaban
    
    Sebentar lagi matahari akan tenggelam
    Dan malam tiba
    Cicak-cicak bernyanyi di tembok
    Rembulan berlayar
    Tetapi pertanyaan-pertanyaan kita tak akan mereda
    Ia akan muncul di dalam mimpi
    Akan tumbuh di kebon belakang
    
    Dan esok matahari akan terbit kembali
    Senantiasa hari baru menjelma
    Pertanyaan-pertanyaan kita akan menjadi hutan
    Atau masuk ke kali akan menjadi ombak di samodra
    
    Di bawah matahari ini kita bertanya:
    Ada yang menangis, ada yang mendera
    Ada yang habis, ada yang mengikis
    Dan maksud baik kita memihak yang mana!

     

    • Adik lapar – Shafiq Said
    kelaparan menggigit
    segalanya menggiurkan adik
    
    awan bertih jagung hari ini
    nampak manis
    disirami karamel matahari
    
    pohon-pohon kelapa
    lolipop pandan
    membawa harum ke halaman
    
    sabar dik
    ibu ke klinik daerah
    menafsir gula dalam darah
    
    kita adik-beradik
    memandang jalan seperti anak anjing
    menanti tuan pulang
    • Kamar – Karim Mohd
    melihatmu
    aku ingin keluar
    tetapi aku pintu

     

    • Penggali kubur – T Alias Taib
    Badai mengangkat mayat, kilat, guntur
    dan angin ke sebuah gubuk di pinggir hutan.
    jendela tersentak; beberapa bilah kilat
    memacak engselnya. atap gementar digegar
    guntur. ketukan menderu di daun pintu;
    lebih tajam daripada kilat, lebih bergegar
    daripada guntur, lebih kencang daripada
    angin.
    “sudah kaubina rumahku?” tanya mayat sambil 
    menerjang pintu bagai badai yang menerjang
    gubuk tua itu. pintu remuk, palangnya 
    terpelanting, mayat masuk menyeret badai
    mengamuk. “rumahmu? tapi…” kata isteri
    penggali kubur yang tinggal sebatang kara.
    pelita di sisinya berguling. “suamiku,
    penggali kubur itu, baru saja mati dan
    baru saja menggali kuburnya.” sambung si
    sebatang kara.
    dalam gelap, kilat sempat melepaskan tiga
    empat bilah cahaya tepat ke wajah pucat
    mayat. mayat mengapung di laut ribut.
    seperti sehelai selendang putih, ia me-
    layang keluar melalui jendela, mencari 
    tukang rumah

     

    • Aku ingin – Sapardi Djoko Damono
    aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
    dengan kata yang tak sempat diucapkan
    kayu kepada api yang menjadikannya abu
    
    aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
    dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
    awan kepada hujan yang menjadikannya tiada

     

    Apa pula puisi kegemaran anda? Kongsikan bersama kami. – RELEVAN

    featured pendidikan puisi sastera
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.