Facebook Twitter
    Trending
    • Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?
    • Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan
    • ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?
    • Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza
    • Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri
    • Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri
    • Jangan diam kalau dibuli
    • 5 matlamat kewangan selepas umur 30
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

      September 12, 2025

      Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

      September 10, 2025

      Pempengaruh ubah kehidupan dengan diet ‘suku suku separuh’

      September 9, 2025

      Asyik tidur waktu siang? 

      September 9, 2025

      5 tanaman penyeri dalam rumah

      September 4, 2025
    • Kewangan

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025

      RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

      September 5, 2025

      Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

      September 3, 2025

      Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

      September 2, 2025

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025
    • Pendidikan

      ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

      September 11, 2025

      Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

      September 11, 2025

      Jangan diam kalau dibuli

      September 10, 2025

      Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

      September 8, 2025

      Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

      September 5, 2025
    • Kerjaya

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025

      Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

      August 29, 2025

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2023: Wujudkan pekerjaan bernilai tinggi, galak pekerja gig carum KWSP

    Belanjawan 2023: Wujudkan pekerjaan bernilai tinggi, galak pekerja gig carum KWSP

    By Umi FatehahFebruary 25, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Wujudkan pekerjaan bernilai tinggi, galak pekerja gig carum KWSP.

    KERAJAAN Perpaduan akan mengumumkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 pada suku ketiga 2023 bagi melakar hala tuju pembangunan perindustrian. Pelan ini dikatakan menumpukan aktiviti berkualiti tinggi dan pengambilan bakat tempatan sebagai tenaga kerja.

    Berikut, Relevan senaraikan 15 peruntukan dari sudut pekerjaan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023.

    1. Mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi

    Selari dengan pelan yang disebutkan, agensi promosi pelaburan dan insentif pelaburan akan distrukturkan semula ke arah kadar cukai berperingkat berasaskan hasil. Antaranya ialah mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, mendalami rantaian bekalan dengan firma tempatan dan mewujudkan kelompok industri baharu.

    Pemantauan pelaburan yang menerima insentif juga akan diperkasa bagi memastikan manfaat yang diharapkan dapat diperolehi sepenuhnya oleh negara dan rakyat.

    1. Memperkasa kerjasama awam-swasta

    Usaha sama yang bakal dijalankan antara syarikat awam dengan swasta akan dibantu oleh kerajaan. Kerjasama ini akan memacu pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan menjana pekerjaan kepada rakyat.

    1. Bayaran gaji yang lebih setimpal dengan kelayakan

    Kerajaan menabur usaha untuk mengatasi masalah underemployment iaitu pekerjaan tidak dibayar gaji yang setimpal dengan kelayakan. 

    Perkeso akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji 17,000 graduan khususnya TVET sebanyak RM600 sebulan. Insentif ini akan diberikan selama tiga bulan sebagai tambahan kepada gaji yang ditawarkan. RM45 juta juga disediakan untuk tujuan ini.

    Perkeso juga menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji golongan mudah terjejas seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU), bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar sehingga RM600 sebulan untuk tempoh sehingga tiga bulan.

    1. Galakan kepada anak muda meningkatkan keupayaan dan kemahiran bagi meraih gaji yang lebih setimpal

    Melalui inisiatif ini, kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig mengikuti program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000. 

    Perkeso juga menyediakan elaun sebanyak RM300 selama tiga bulan bagi menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan. Secara keseluruhan, RM40 juta disediakan untuk memanfaatkan 30,000 pekerja gig.

    Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) dengan dana sebanyak RM1 bilion akan melaksanakan program latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja bagi majikan yang berdaftar dan mempunyai levi terkumpul.

    1. Pembaharuan operasi institusi TVET

    Kerajaan berhasrat untuk mencontohi model yang dijalankan oleh kerajaan Pulau Pinang dengan pemain industri Elektrikal & Elektronik yang berjaya menyediakan pekerjaan kepada graduan TVET dengan gaji yang bermaruah. 

    Pembaharuan akan dilakukan secara rintis melibatkan institusi TVET Persekutuan dengan sasaran 50 buah syarikat terutamanya daripada kalangan Government-Linked Companies (GLC).

    Syarikat peneraju akan mengambil alih sebahagian atau sepenuhnya operasi institusi TVET termasuk kolej komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bagi menyediakan program latihan yang memenuhi keperluan seperti berikut:

    • PETRONAS menerajui kluster minyak & gas di Pengerang, Kimanis, Batu Rakit dan Miri;
    • DRB Hicom bagi kluster automotif di Pekan;
    • Sunway bagi kluster perhotelan; dan
    • MRCB bagi kluster pembinaan.

    Pembaharuan ini berupaya menggunakan sumber kerajaan dengan lebih efektif bagi penghasilan graduan TVET yang memenuhi keperluan industri. 

    Kerjasama awam-swasta melalui pendekatan baharu seperti ini akan terus dikaji untuk bidang atau perkhidmatan kerajaan yang lain.

    1. Penyediaan peluang kepada lebih 50,000 pelatih menjalankan latihan sambil bekerja

    Bagi mengeratkan kerjasama industri, Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) diperkukuh dengan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk manfaat lebih 8,000 pelatih. Program Academy in Factory akan dilaksanakan untuk menyediakan peluang kepada lebih 50,000 pelatih menjalankan latihan sambil bekerja di kilang.

    1. Peluang pekerjaan kepada lepasan sekolah dan graduan

    Bagi membantu menangani pengangguran dalam kalangan belia, syarikat-syarikat GLC akan menawarkan 35,000 peluang pekerjaan kepada lepasan sekolah dan graduan.

    1. Pembiayaan strategik khusus kepada syarikat terjejas dengan Covid-19

    Bank Pembangunan Malaysia Berhad menyediakan sehingga RM6 bilion pembiayaan strategik khusus untuk menggalakkan agenda mampan dan automasi selain sokongan dalam bentuk ekuiti dan modal kerja pusingan kepada syarikat berpotensi tinggi yang masih terjejas dengan Covid-19.

    1. Dasar pemutihan bagi mengatasi masalah kerugian sektor minyak sawit

    Sektor minyak sawit dikatakan mengalami kerugian hasil sebanyak RM20 bilion akibat dasar yang mengekang pengambilan pekerja terutama pekerja asing. 

    Dengan dasar pemutihan baru-baru ini, masalah ini hampir selesai tanpa melibatkan ejen yang mengambil laba tinggi.

    1. Tawaran gaji yang setimpal kepada pekerja tempatan dalam sektor sawit

    Kebanyakan sektor berisiko tinggi kerana majikan masih bergantung terhadap pengambilan pekerja asing. Hal ini disebabkan sektor ini menawarkan gaji yang rendah dan kebajikan pekerja tidak terjamin.

    Pengalaman syarikat Sime Darby Plantation membuktikan, pekerja tempatan bersedia untuk bekerja di ladang sawit jika gaji yang dibayar sekurang-kurangnya RM3,000. 

    Selain itu, penyediaan persekitaran pekerjaan yang lebih produktif dibantu oleh mekanisasi dan mengadaptasi automasi. Sasaran mereka adalah untuk menggaji 100 peratus pekerja tempatan menjelang akhir 2027.

    Kerajaan akan menyediakan insentif sebanyak RM50 juta geran sepadan untuk menggalakan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) yang berupaya menggaji pekerja tempatan yang berkemahiran.

    1. Galakan pengambilan peserta miskin tegar bekerja

    Subsidi akan diberikan kepada majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja. Usaha ini seiring dengan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan. 

    Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR.

    1. Peluang kerjaya kepada veteran tentera

    Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama-sama syarikat lain akan melaksanakan projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik. 

    Usaha ini bukan sahaja untuk meningkatkan keterjaminan makanan, malah memberi peluang kerjaya kepada veteran tentera. LTAT menyediakan 70 ekar tanah perladangan untuk melaksanakan projek ini.

    1. Penyediaan peluang pekerjaan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

    Kerajaan memahami kegusaran veteran ATM yang menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan selepas umur persaraan. Perdana Menteri berkata, beliau akan memastikan veteran ATM disediakan pekerjaan dan kemudahan latihan. 

    Pentadbiran ini akan melaksanakan Program Kerjaya Kedua Veteran ATM menerusi kerjasama LTAT. Di bawah ikhtiar ini, seramai 5,000 veteran ATM yang berpencen tahun ini akan dijamin dipadankan dengan peluang pekerjaan atau menerima latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang menjana pendapatan.

    Untuk meningkatkan kemahiran seramai 1,250 orang veteran, Jabatan Hal Ehwal Veteran bersama-sama agensi kerajaan lain akan menawarkan lima bidang kursus antaranya pengendalian dron, keselamatan siber dan penyelenggaraan pesawat selama tiga bulan.

    1. Perlindungan pekerjaan kepada pekerja gig

    Kerajaan bertekad untuk meningkatkan kemampanan sistem keselamatan sosial dengan mewajibkan semua rakyat yang bekerja sendiri untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) secara berperingkat. 

    Ini sebagai langkah melindungi mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini dan kemudahan perlindungan sosial perlu terus diberi perhatian.

    Kerajaan juga akan menanggung 80 peratus daripada nilai caruman PERKESO bagi mengurangkan bebanan dan menggalakkan individu bekerja sendiri membuat caruman dalam Skim Pekerjaan Sendiri Perkeso, RM100 juta disediakan untuk memanfaatkan golongan yang bekerja sendiri.

    1. Galakan kepada individu yang bekerja sendiri menyimpan dalam KWSP

    Bagi menggalakkan lebih ramai orang bekerja sendiri menyimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, kerajaan meningkatkan nilai sumbangan padanan i-Saraan kepada RM300 berbanding RM250 sebelum ini. RM30 juta juga disediakan untuk manfaat lebih 100,000 pencarum. – RELEVAN

    Belanjawan 2023 featured kerjaya

    Artikel berkaitan

    Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

    September 12, 2025

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    September 11, 2025

    Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    September 11, 2025

    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    September 10, 2025

    Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

    September 10, 2025
    Artikel Terkini

    Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

    September 12, 2025

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    September 11, 2025

    Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    September 11, 2025

    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    September 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.