Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengingati pemergian Sudirman, penghibur legenda sepanjang zaman

    Mengingati pemergian Sudirman, penghibur legenda sepanjang zaman

    By Umi FatehahFebruary 23, 2023Updated:February 24, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mengingati pemergian Sudirman, penghibur legenda sepanjang zaman. - GAMBAR HIASAN MUHAMMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN

    TANGGAL 22 Februari menandakan genap 31 tahun pemergian salah seorang penghibur legenda tanah air iaitu Allahyarham Sudirman Arshad. Meskipun beliau sudah meninggalkan kita sejak 1992, keberadaannya masih terasa kerana lagu-lagunya masih hidup berkumandang di corong radio. 

    Sinonim dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri, lagu 31 Ogos dan Selamat Hari Raya dendangan beliau tidak pernah dilupakan. 

    Sebagai anak Malaysia yang membesar dengan karya beliau, terdengar sahaja lagu-lagunya secara spontan lidah turut menyanyikan bait lirik, seakan-akan ia sudah sebati dalam darah.

    Latar belakang

    Mungkin ada antara generasi muda kini kurang mengenali siapakah insan yang memainkan peranan penting dalam industri seni negara ini. 

    Sudirman bin Arshad. – UTUSAN

    Sebagai pengenalan, Allahyarham Sudirman atau nama penuhnya Sudirman bin Arshad dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang.

    Setelah tamat pengajian peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sudirman atau nama manjanya, Diman menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM).

    Meskipun sibuk dengan pelajaran, Sudirman masih meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dan membuat keputusan untuk menyertai program Bintang RTM bersama rakannya. 

    Pada tahun 1980, beliau berjaya memperoleh Ijazah Undang-Undang (LL.B) dengan Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983 pula, Sudirman menjalani latihan guaman dan mendapat kelulusan sebagai peguam secara rasminya pada tahun 1984. 

    Namun, Sudirman kemudian memilih untuk meninggalkan bidang guaman dan mengejar kerjaya dalam bidang seni. 

    Perjalanan karier

    Kerjayanya dalam industri seni mula berkembang selepas mencatatkan kemenangan dalam program Bintang RTM pada Ogos 1976. Beliau dinobatkan sebagai juara pada usia yang muda iaitu 22 tahun. 

    Kebolehan Sudirman yang pelbagai menunjukkan bahawa beliau mungkin telah mempunyai pengalaman yang unik sepanjang hidupnya sehingga mampu memperkembangkan bakatnya dalam pelbagai bidang. 

    Pendedahannya kepada muzik dan seni pada usia muda membantu mengembangkan minat dan bakatnya dalam bidang ini. Beliau bukan sahaja menunjukkan bakat dalam bidang seni malah, mempunyai pengetahuan mendalam bagi bidang perundangan dan keusahawanan.

    Secara keseluruhannya, kebolehan dan kreativiti Sudirman dalam pelbagai domain adalah mengagumkan dan mencerminkan individu yang berbakat serta berkebolehan tinggi. 

    Setelah diumumkan sebagai pemenang Bintang RTM, Sudirman diberikan kontrak rakaman dengan syarikat rakaman, Warnada yang dimiliki dan diuruskan oleh Din Osman. Ini memberikan peluang baginya untuk merakamkan Extended Play (EP) pertamanya yang berjudul Teriring Doa.

    Tahun berganti tahun, Sudirman kekal ligat dalam industri dengan menghasilkan pelbagai jenis lagu dan album terkenal seperti Merisik Khabar, Milik Siapakah Gadis Ini, Salam Terakhir, Balik Kampung, Basikal Tua dan lain-lain lagi. 

    Terkenalnya Sudirman dalam dunia seni persembahan dapat dilihat daripada kehadiran peminatnya yang sering memenuhi tempat duduk dan penjualan tiket yang tinggi. 

    Beliau dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai bakat dan gaya unik dalam mempersembahkan lagu-lagu popular dan sebagai seorang penghibur yang mempunyai kebolehan untuk memikat dan menghiburkan penonton dengan bakatnya. 

    Kemasyhurannya dalam dunia seni persembahan telah memberi impak yang besar dalam industri muzik Malaysia dan membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa sehingga menerima gelaran seperti Seniman Rakyat dan Elvis Presley Malaysia. 

    Apa yang istimewanya Sudirman, beliau sering memperagakan baju Melayu untuk persembahan dan konsertnya. Secara tidak langsung, beliau juga mempromosikan budaya Malaysia di mata dunia.

    Sumbangan dan pencapaian seniman ini terlalu banyak tetapi kejayaan yang paling cemerlang adalah apabila beliau telah dianugerahkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dalam acara anugerah Asian Popular Music Awards yang diadakan bersama-sama dengan Festival Muzik Saleem di Royal Albert Hall, London. 

    Anugerah tersebut merupakan anugerah pertama yang dimenangi oleh penyanyi kelahiran Malaysia. Dalam acara tersebut, Sudirman bersaing dengan lapan peserta dari negara-negara Asia yang lain. 

    Beliau telah mempersembahkan dua buah lagu Inggeris iaitu One Thousand Million Smiles, yang dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. 

    Lagu tersebut dirakam di Studio Abbey Road, yang terkenal sebagai tempat rakaman album bagi kumpulan muzik terkenal The Beatles. One Thousand Million Smiles kemudian dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Salam Terakhir

    Lagu Salam Terakhir nukilan Habsah Hassan dan ciptaan Manan Ngah dikatakan dihasilkan selepas allahyarham berpisah dengan isterinya. Apa yang membuatkan lagu ini syahdu ialah Sudirman menyanyikannya seakan-akan beliau ingin memberitahu bahawa beliau akan pergi tidak lama lagi.

    Menurut Habsah, beliau menulis lagu ini bukan kerana mengetahui tentang keadaan kesihatan Sudirman. Sebaliknya, lagu itu ditulis berdasarkan gurauan Sudirman bahawa jangka hayatnya tidak lama.

    Penyampaiannya dengan penuh perasaan memberi impak yang besar kepada pendengar lebih-lebih lagi apabila mengetahui kisah disebalik lagu tersebut. 

    Lagu ini diperkenalkan secara rasminya pada tahun 1986. Tidak lama selepas itu iaitu pada tahun 1992, berita Sudirman meninggal dunia disebabkan radang paru-paru terpampang di dada-dada akhbar. 

    Berita Sudirman meninggal dunia disebabkan radang paru-paru terpampang di dada-dada akhbar.

    Lagu ini sebenarnya mula terkenal selepas pemergian beliau. Sesiapa sahaja yang mendengar lagu Salam Terakhir pasti mengundang rasa sebak di dada, lebih-lebih lagi selepas beliau meninggal dunia. 

    Meskipun industri seni kita pada hari ini memperlihatkan ramai penghibur-penghibur baharu sebagai perintis, nama Sudirman ini sebolehnya janganlah dilupakan. 

    “Andainya aku punya waktu

    Masih kuingin mengulangi semula

    Saat indah bersamamu

    Sayang tak berkesempatan

    Abadikan saja salamku di ingatan

    Salamku yang terakhir”

    – RELEVAN

    Previous ArticleBuku untuk anak bangsa
    Next Article 4 kategori pelepasan cukai individu pemastautin untuk tahun taksiran 2022

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.