SEBANYAK 186 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 212 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,041,007 kes.
158 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,994,718 kes.
Sebanyak satu kematian dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,956 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,872 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,333 kes dengan 9,000 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 326 kes atau 3.5% pesakit dirawat di hospital, 3 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 4 kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN