Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pertimbangkan 4 perkara ini sebelum melangsaikan hutang rumah lebih awal

    Pertimbangkan 4 perkara ini sebelum melangsaikan hutang rumah lebih awal

    By Umi FatehahFebruary 10, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pertimbangkan 4 perkara ini sebelum melangsaikan hutang rumah lebih awal. - GAMBAR HIASAN MIKHAIL NILOV/PEXELS

    SEBELUM ini, Relevan kongsikan beberapa cara bagi melangsaikan hutang rumah lebih awal. Selepas membaca, pasti timbul beberapa persoalan di minda. Adakah saya perlu membayar gadai janji awal? Apa pula kelebihan membayar gadai janji lebih awal di Malaysia? 

    Terdapat pelbagai kelebihan, antaranya seperti dapat menjimatkan pembayaran faedah dan kehidupan di kemudian hari yang lebih tenang kerana tidak lagi dibelenggu hutang.

    Walau bagaimanapun, setelah anda meneliti cara dan kelebihannya, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk bebas daripada hutang rumah. Menurut iProperty, berikut merupakan beberapa isu yang perlu dipertimbangkan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 4 cara melangsaikan hutang rumah dengan lebih cepat

    1. Adakah ia akan menjejaskan simpanan?

    Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk membayar pinjaman rumah anda jika ia memerlukan anda menggunakan semua simpanan. Rumah adalah aset yang tidak cair. Ini bermakna, anda sukar untuk menukar nilainya kepada wang tunai pada bila-bila masa.

    Pastikan anda mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan luar jangkaan seperti pengangguran, kemalangan, membaiki kerosakan rumah atau waktu-waktu kecemasan lain. 

    Kebanyakan pakar kewangan menasihatkan untuk bina tabung kecemasan yang mampu menampung perbelanjaan sara hidup sekurang-kurangnya enam hingga 12 bulan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ambil cakna dana kecemasan, penyelamat ketika getir

    1. Adakah anda mempunyai hutang dengan kadar faedah lebih tinggi?

    Jika anda mempunyai hutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi, mungkin lebih baik jika mempertimbangkan untuk membayar hutang tersebut terlebih dahulu. 

    Jika anda melambatkan proses pembayaran hutang dengan kadar faedah lebih tinggi, lama-kelaman jumlah yang perlu dibayar akan meningkat berkali ganda.

    Pakar Gadai Janji dari Smart Smart Choice Solution Sdn Bhd., Jonathan Ng berkongsi kepada iProperty bahawa beliau bersetuju untuk mengutamakan penyelesaian hutang dengan kadar faedah tinggi terlebih dahulu sebelum hutang dengan kadar faedah lebih rendah.

    “Kebiasaannya, kemudahan tanpa cagaran (atau dinamakan sebagai Pinjaman Bersih) seperti kad kredit atau pinjaman peribadi akan mengenakan faedah yang lebih tinggi kerana risikonya yang lebih tinggi.

    “Sewa beli atau pinjaman gadai janji kebanyakannya datang dengan faedah yang agak rendah kerana terdapat cagaran,” nasihat Jonathan.

    Kadar faedah pinjaman rumah agak rendah. Jadi, sekiranya anda mempunyai hutang lain dengan kadar faedah yang lebih tinggi seperti hutang kad kredit, selesaikannya terlebih dahulu.

    1. Adakah penalti akan dikenakan?

    Semak semula syarat perjanjian pinjaman dengan pihak bank. Atau, lebih baik jika anda hubungi bank bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas dan langsung. 

    Biasanya terdapat tempoh lock-in, di mana anda perlu membayar penalti sekiranya anda menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh yang dijanjikan.

    Tempoh lock-in merujuk kepada tempoh masa anda perlu membayar penalti, sekiranya ingin menyelesaikan pinjaman rumah lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

    Dalam situasi lain, terdapat juga penalti untuk menjelaskan pinjaman anda walaupun telah melepasi tempoh lock-in. 

    • Dengan kos kemasukan/kos pemindahan kewangan: Tempoh lock-in biasanya 3 tahun
    • Tanpa kos kemasukan: Tempoh lock-in biasanya 5 tahun

    Sebelum membuat bayaran pendahuluan, semak semula dengan pihak bank sama ada penalti ini akan dikenakan atau tidak. Hal ini kerana penalti ini boleh menjejaskan sebarang penjimatan faedah yang diperoleh apabila menjelaskan pinjaman rumah lebih awal.

    1. Adakah mana-mana pelaburan yang menawarkan pulangan lebih tinggi daripada kadar faedah pinjaman?

    Jika anda mengetahui tentang mana-mana pelaburan yang menawarkan kadar pulangan lebih tinggi daripada kadar faedah gadai janji, mungkin berbaloi untuk anda utamakan pelaburan dahulu.

    Seperti mana-mana pelaburan, pasti akan ada risikonya. Jadi, ia juga bergantung kepada keselesaan anda untuk menanggung risiko yang tinggi atau rendah.

    Jonathan berpendapat, jika hutang yang ditanggung membantu menjana pendapatan dan meningkatkan nilai bersih anda, maka ia boleh dianggap sebagai hutang baik.

    Menurut Jonathan lagi, terdapat pelbagai cara untuk menjana wang dalam hartanah. Anda boleh mengambil gadai janji untuk membeli hartanah dan menetap di rumah itu selama beberapa tempoh, kemudian menjualnya untuk mendapatkan keuntungan.

    “Anda juga boleh menjana pendapatan dengan menyewakan unit hartanah tersebut. 

    “Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai hartanah komersial kerana ia mampu menjana keuntungan daripada hasil sewa yang lebih tinggi dan akhirnya membawa pulangan modal jika anda memilih unit dan langkah yang betul,” tambahnya. – RELEVAN

    featured kewangan rumah
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.