KES baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan sebanyak 324 kes semalam berbanding 325 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,037,242 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 148 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,990,227 kes. Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,942 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,870 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,073 kes dengan 9,653 kes atau 95.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 408 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 6 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 6 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN