SEBANYAK 251 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 202 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,036,593 kes.
Tiada kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,989,861 kes dan tiada kematian.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,942 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,870 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,790 kes dengan 9,374 kes atau 95.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 401 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 6 kes atau 0.0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 9 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN