Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

    Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 27, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAUPUN kebolehpasaran graduan berada pada kadar baik, masih banyak isu yang membelenggu graduan baharu. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SEJAK 2018, institusi pengajian tinggi negara mengeluarkan lebih 300,000 graduan setiap tahun. Dalam kalangan mereka, ada yang berjaya mendapatkan pekerjaan, ada yang tidak.

    Malah, jika diperincikan lagi, ada yang mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan dan ada yang tidak.

    Kebolehpasaran graduan merupakan isu yang kritikal buat negara. Setiap graduan yang terpaksa bekerja di bawah kelayakan membazirkan potensinya untuk memperoleh pekerjaan yang lebih signifikan dan pendapatan yang lebih tinggi, seterusnya merugikan peluang janaan cukai yang lebih tinggi untuk negara.

    Sehubungan itu, Relevan membawa anda menelusuri statistik-statistik penting berkenaan kebolehpasaran graduan, merujuk kepada artikel Cabaran Pasaran Buruh dalam Kalangan Graduan Baharu oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Mohd. Amirul Rafiq Abu Rahim.

    Amirul Rafiq menganalisis sedekad data daripada Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), bermula 2010 hingga 2020.

    • Separuh graduan dapat pekerjaan sebaik tamat pengajian

    Kadar kebolehpasaran graduan sejak 2010 hingga 2020 adalah tinggi, melebihi 75 peratus. Daripada peratusan tersebut, separuh daripada graduan berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh setahun selepas menamatkan pengajian.

    Jumlah keluaran tahunan graduan warganegara melebihi 200,000 orang sejak 2012. Separuh daripada jumlah ini berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh setahun selepas menamatkan pengajian.

    ARTIKEL BERKAITAN: 60% graduan bekerja dengan gaji bawah RM2,000 dan 4 statistik lain tentang kebolehpasaran graduan

    Selebihnya memilih untuk menyambung pengajian, menyertai program-program peningkatan kemahiran dan sebahagian kecil lagi sedang menunggu penempatan pekerjaan.

    Menurut Amirul Rafiq, peratus graduan yang belum bekerja dalam tempoh setahun selepas menamatkan pengajian juga menunjukkan aliran yang menurun, daripada 27 peratus pada 2010 kepada 14 peratus pada 2019.

    • Lebih ramai graduan wanita bekerja di bawah kelayakan

    Setiap tahun, sekurang-kurangnya satu pertiga graduan baharu bekerja dalam pekerjaan di bawah kelayakan. Yang membimbangkan, peratusan dalam kalangan graduan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki, walaupun lebih ramai graduan wanita mempunyai kelayakan ijazah.

    Graduan wanita yang bekerja juga kebanyakannya mendapat tempat dalam pekerjaan separuh mahir menyebabkan mereka terperangkap dengan gaji permulaan yang lebih rendah.

    • Gaji permulaan rendah

    Tiga perempat graduan memperoleh gaji permulaan di bawah RM2,000 dalam tempoh 10 tahun tersebut. Ini menunjukkan struktur gaji permulaan graduan yang tidak menunjukkan pertumbuhan positif serta memberangsangkan, kata Amirul Rafiq.

    Malah, katanya, gaji rendah itu turut berkait rapat dengan kurangnya penciptaan pekerjaan berkemahiran dan struktur pekerjaan yang tertumpu kepada bidang separa mahir.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa ramai graduan bekerja di luar bidang?

    Peratusan graduan yang bekerja dalam kategori pekerjaan tetap dan sepenuh masa juga semakin menurun dan hampir separuh graduan bekerja dengan status kontrak atau separuh masa.

    Menurut Amirul Rafiq, walaupun graduan lebih kerap menukar pekerjaan dan mempunyai lebih daripada satu pekerjaan, pendapatan yang diterima graduan masih rendah pada kadar bawah RM2,000.

    • Lebih ramai bekerja sendiri

    Analisis terhadap Kajian Pengesanan Graduan KPT menunjukkan semakin ramai graduan memilih menjadi usahawan berbanding bekerja tetap dan peratusannya lebih tinggi dalam kalangan graduan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

    Kata Amirul Rafiq, walaupun bidang keusahawanan mampu menawarkan peluang pendapatan yang lumayan tetapi kebanyakan graduan keusahawanan melihatnya sebagai jalan sementara untuk keluar dari pengangguran.

    Malah, jelasnya, graduan yang berkecimpung dalam bidang usahawan juga masih berhasrat untuk meneroka peluang pekerjaan yang lebih terjamin dengan pendapatan yang stabil.

    • Keberhasilan TVET memuaskan namun gaji masih rendah

    Kadar keberhasilan graduan TVET semakin baik dengan 66 peratus graduan mendapat pekerjaan pada 2020, berbanding 49 peratus pada 2010.

    Namun, isu struktur gaji masih mencengkam dengan 90 peratus graduan TVET memperolehi gaji di bawah RM2,000.

    Menurut Amirul Rafiq, disebabkan majoriti graduan TVET menamatkan pengajian dengan kelayakan diploma dan sijil kemahiran, pekerjaan mereka tertumpu kepada pekerjaan separa mahir yang pastinya menawarkan gaji permulaan yang sangat rendah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Cadang gaji minimum RM1,800 untuk lepasan TVET

    • Cabaran graduan dari keluarga berpendapatan rendah


    Majoriti graduan berasal dari keluarga berpendapatan rendah dengan gaji isi rumah di bawah RM4,000. Pendidikan tinggi bertujuan menggerakkan mobiliti sosial golongan ini namun mereka menghadapi situasi yang lebih mencabar dalam pasaran buruh.

    Dapatan kajian Amirul Rafiq menunjukkan satu daripada lima graduan graduan yang menganggur berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

    Malah, katanya, graduan daripada keluarga berpendapatan rendah juga dilihat menerima gaji permulaan yang lebih rendah dan lebih terdedah kepada isu ketidakpadanan pekerjaan. – RELEVAN

    Previous ArticleEmpati bantu fahami suara hati pekerja
    Next Article 9,549 kes aktif Covid-19 di Malaysia

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.