ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 132 kes semalam berbanding 101 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,035,205 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 346 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,988,489 kes.
Sebanyak satu kematian dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,933 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,866 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,783 kes dengan 9,402 kes atau 96.1 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 370 kes atau 3.8% pesakit dirawat di hospital, 1 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 10 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN