SEMALAM mencatatkan sebanyak 371 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 350 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,033,625 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 304 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,986,312 kes.
Empat kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,923 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,866 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,390 kes dengan 9,970 kes atau 96 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 404 kes atau 3.9% pesakit dirawat di hospital, 2 kes atau 0.0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 14 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN