Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cadang gaji minimum RM1,800 untuk lepasan TVET

    Cadang gaji minimum RM1,800 untuk lepasan TVET

    By January 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PELAKSANAAN gaji minimum RM1,500 bermula tahun lalu disambut baik ramai pihak. Namun, perlindungan yang lebih tetap perlu diberikan kepada pekerja dalam beberapa sektor seperti kemahiran.

    Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata, keperluan untuk melaksanakan gaji minimum kepada graduan berkemahiran adalah berdasarkan perlindungan yang ditawarkan kepada belia berkemahiran yang sebenarnya berpendapatan rendah.

    Jelas beliau, golongan belia berkemahiran kebiasaannya merupakan pekerja dari kumpulan yang sering terpinggir dalam masyarakat seperti pekerja muda dan wanita.

    “Mereka mungkin tidak mempunyai kuasa tawar-menawar untuk menuntut gaji yang lebih tinggi tanpa campur tangan kerajaan secara langsung,” katanya dalam kenyataan pada 8 Januari.

    ARTIKEL BERKAITAN: 60% graduan bekerja dengan gaji bawah RM2,000 dan 4 statistik lain tentang kebolehpasaran graduan

    Sehubungan itu, PKPB mencadangkan supaya kerajaan menetapkan gaji minimum kepada belia yang memegang kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

    Kadar gaji minimum untuk gaji pokok permulaan yang dicadangkan PKPB adalah seperti berikut:

    • Lepasan SKM Tahap 1-2: RM1,800
    • Lepasan SKM Tahap 3: RM2,000
    • Lepasan DKM Tahap 4: RM2,300
    • Lepasan DLKM Tahap 4: RM2,800

    Menurut Mohammad Rizan, ketika ini kebanyakan majikan menawarkan gaji pokok permulaan untuk pemegang SKM Tahap 1-3 sebanyak RM1,500 hingga RM1,700, untuk DKM Tahap 4 sebanyak RM1,800 hingga RM1,900 dan untuk DLKM Tahap 4 sebanyak RM2,000.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaji minimum vs gaji kehidupan wajar

    Gaji pokok permulaan merujuk kepada gaji pokok yang dibayar kepada pekerja yang berkelulusan kemahiran yang baru memulakan atau pertama kali memasuki alam pekerjaan.

    “Majikan tidak boleh mempersoalkan tahap kompetensi pekerja lepasan latihan teknikal dan vokasional (TVET) ini kerana para pekerja menjalani latihan kemahiran berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan bersama pihak majikan serta industri.

    “Bahkan, ada sesetengah bidang, pekerja telah memperolehi lesen dan sijil kompetensi tambahan dari badan profesional dari dalam dan luar negara sebelum diterima bekerja,” katanya.

    Tambah Mohammad Rizan lagi, pihaknya yakin kenaikan gaji minimum belia berkemahiran tidak menyebabkan peningkatan pengangguran.

    Malah, katanya, ia didapati dapat mengeluarkan ramai daripada kemiskinan dan memberi manfaat kepada mereka yang bergelut untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaji minimum tidak akan naikkan harga barang, tingkatkan pengangguran

    “Ini kerana belia berkemahiran rata-ratanya berasal dari keluarga miskin dan kumpulan B40 yang menyertai latihan kemahiran di bawah skim dan inisiatif kerajaan pusat serta negeri.

    “PKPB juga percaya dengan adanya gaji minimum untuk belia berkemahiran akan dapat menarik minat lebih ramai golongan belia menyertai TVET kerana jaminan kerjaya berpendapatan tinggi yang jelas,” katanya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.