Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 cara perbaiki diri daripada kesilapan, tingkatkan prestasi kerja

    5 cara perbaiki diri daripada kesilapan, tingkatkan prestasi kerja

    By Umi FatehahJanuary 4, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 cara perbaiki diri daripada kesilapan, tingkatkan prestasi kerja. - GAMBAR HIASAN MOHD. FARIZWAN HASBULLAH/ KOSMO

    SEBAGAI manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, tetapi janganlah pula itu dijadikan sebagai alasan untuk terus melakukan kesalahan.

    Penting untuk kita belajar daripada kesilapan yang dilakukan kerana ia dapat membantu perkembangan karakter dan personaliti.

    Sikap belajar daripada kesilapan juga boleh menguatkan kepercayaan majikan kepada anda. 

    Sebaik sahaja anda sedar akan kepentingan belajar daripada kesilapan, langkah seterusnya ialah mempraktikkan apa yang dipelajari. Berikut ialah beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan anda terus belajar apabila membuat kesilapan.

    1. Mengakui dan menerima tanggungjawab

    Penting untuk mengakui dan sedar akan kesilapan yang dibuat sebelum mencuba untuk belajar daripadanya. Kemudian, minta maaf kepada sesiapa yang terlibat dan cuba cari penyelesaian dengan segera. 

    Cara ini membolehkan majikan melihat anda sebagai seorang pekerja yang bersedia untuk belajar dan akan cuba menjadi pekerja yang lebih baik.

    Lebih baik jujur mengakui melakukan kesilapan daripada majikan mengetahui perkara yang sebenar dengan cara lain. 

    Ia boleh membantu untuk mengukuhkan kepercayaan mereka kepada anda dan bermakna mereka boleh membantu anda membetulkan kesilapan tersebut.

    1. Analisis isu dan kenal pasti puncanya

    Selepas berlakunya permasalahan atau isu, luangkan sedikit masa untuk menganalisis kesalahan yang dilakukan dan apa tindakan seterusnya bagi mengelakkan daripada kesilapan itu berlaku berulang kali. 

    Salah satu cara untuk kenal pasti punca isu ialah dengan mewujudkan beberapa persoalan seperti berkut. 

    • Mengapa kesilapan itu berlaku?
    • Apakah yang mendorong saya untuk melakukan kesilapan yang sedemikian?
    • Mengapa ia tidak berjalan seperti yang saya inginkan?

    Menerusi cara ini, anda lebih bersedia untuk menangani situasi tersebut sekiranya ia berulang. Namun, cuba sehabis baik untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. 

    1. Lihat masalah atau isu yang berlaku dari sudut lain

    Bertindak balas dengan sewajarnya terhadap kesilapan juga penting. Jika anda membuat kesilapan, reaksi pertama mungkin terasa diri ini bodoh, menyesal atau terkejut. Ia merupakan reaksi negatif terhadap masalah yang berlaku.

    Apa kata selepas ini, cuba lihat kesilapan sebagai peluang untuk belajar. Mungkin dengan cara ini, anda tidak bersikap terlalu negatif dan lebih bermotivasi mencari jalan penyelesaian permasalahan itu di samping meningkatkan prestasi kerja.

    1. Cari apa yang boleh dipelajari daripada kesilapan

    Langkah seterusnya ialah mencari apakah pengajaran yang diperoleh daripada kesilapan itu? 

    Setelah anda mengenal pasti punca, proses mencari penyelesaian akan menjadi lebih mudah.

    Sebagai contoh, anda menetapkan tarikh akhir (deadline) lebih awal daripada yang diperlukan sebagai langkah selamat. Tidak dapat dinafikan, semua orang menghargai dan berterima kasih dengan penyerahan tugasan lebih awal. 

    Baki masa yang ada juga boleh digunakan untuk membuat pembetulan sekiranya perlu. Jadi, anda tidak akan terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan dan pembetulan.

    1. Amalkan pengajaran yang dipelajari daripada kesilapan

    Setelah memperoleh pengajaran daripada kesilapan, langkah seterusnya ialah mempraktikkan pengajaran itu dengan niat untuk perbaiki diri. 

    Ramai orang mendapati langkah ini mencabar kerana tekanan kerja boleh menyebabkan anda mengulangi proses yang sama sekiranya tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan perubahan. 

    Apabila mempunyai kesedaran untuk mengubah tabiat, perubahan akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Lama kelamaan, anda akan kurang melakukan kesilapan dan prestasi kerja juga secara tidak langsung akan meningkat. – RELEVAN

    Previous Article333 kes baharu Covid 19, 376 kes sembuh dilaporkan semalam
    Next Article Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.