Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tip dan panduan elak terperangkap dalam tanah runtuh

    Tip dan panduan elak terperangkap dalam tanah runtuh

    By Umi FatehahDecember 16, 2022Updated:December 16, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali, Selangor. - GAMBAR OLEH MUHAMMAD IQBAL ROSLI/KOSMO

    HARI ini rakyat Malaysia berduka dengan tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali, Selangor.

    Menurut laporan Utusan Malaysia, setakat 6:30 petang tadi, 22 mangsa telah disahkan meninggal dunia. Ciapan di akaun Twitter Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada jam 1 petang tadi memaklumkan bahawa 94 orang menjadi mangsa tragedi tanah runtuh itu.

    Tragedi yang meragut nyawa itu telah mendapat perhatian masyarakat dan masing-masing menzahirkan kebimbangan di media sosial memandangkan Jalan Genting-Batang Kali merupakan laluan yang selalu digunakan oleh orang ramai untuk ke pusat peranginan popular di Malaysia.

    Kita tidak dapat menjangkakan bila dan di mana musibah akan berlaku, tetapi kita boleh berhati-hati dengan mengenal pasti tanda-tanda tanah runtuh yang bakal berlaku.

    Menurut perkongsian CBC, berikut merupakan tanda-tanda amaran tanah runtuh dan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya ia terjadi.

    Tanda-tanda tanah runtuh

    • Muncul retakan atau benjolan luar biasa pada permukaan tanah rata dan jalan
    • Permukaan jalan yang tiba-tiba tenggelam 
    • Peningkatan paras air anak sungai yang mendadak
    • Penurunan paras air anak sungai yang mendadak walaupun hujan masih turun atau baharu sahaja berhenti
    • Kedengaran bunyi pokok tumbang atau batu-batu bergerak yang mungkin menandakan pergerakan tanah 

    Kawasan-kawasan yang cenderung menyebabkan tanah runtuh berlaku

    • Kawasan tanah runtuh sedia ada
    • Permukaan atas atau kaki cerun
    • Di dalam atau dasar lubang saliran
    • Lereng-lereng bukit 

    Langkah berjaga-jaga semasa kejadian tanah runtuh

    • Cuba untuk menjauhi kawasan tanah runtuh
    • Beralih dengan kadar segera dari laluan tanah runtuh
    • Jauhi benteng, pokok, tiang dan apa sahaja yang berkaitan dengan elektrik
    • Cari perlindungan di bahagian bangunan yang paling jauh dari tanah runtuh 
    • Berlindung di bawah meja atau bangku yang kuat
    • Berpegang teguh dan tunggu sehingga semua pergerakan tanah runtuh atau gegaran pada tanah telah berhenti

    Oleh kerana tragedi ini berlaku di tapak perkhemahan, orang ramai dinasihatkan untuk memilih tapak perkhemahan yang mempunyai lesen dan diiktiraf. 

    Menerusi kenyataan Menteri KPKT, Nga Kor Ming, syarikat yang mengusahakan tapak berkenaan hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik, bukan tapak perkemahan.

    Justeru itu, Relevan kongsikan beberapa panduan untuk memilih tapak perkhemahan melalui pembacaan yang dikongsikan oleh National Geographic dan pakar-pakar perkhemahan yang lain.

    Pertama sekali, dapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang tapak perkhemahan yang anda pilih. Kaji tentang keselamatan, kemudahan yang disediakan, termasuk maklum balas pengunjung-pengunjung lain. Dapatkan pandangan atau cadangan daripada komuniti perkhemahan tentang tapak atau kawasan yang sesuai. 

    Kemudian, cari permukaan yang rata sebelum memacak khemah. Anda dinasihatkan untuk menjauhi kawasan berisiko seperti berdekatan cerun atau kawasan habitat haiwan-haiwan hutan. 

    Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk memilih tapak perkhemahan yang berdekatan sumber air seperti sungai. 

    Seeloknya, jauhi kawasan pembiakan serangga seperti padang rumput berair dan tasik bertakung. Hal ini dikhuatiri anda diserang oleh serangga-serangga yang berada di kawasan perkhemahan tersebut. – RELEVAN

    Previous ArticleAwas! Adenovirus menyerang kanak-kanak, sistem imun lemah
    Next Article 8 kematian Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.