Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Punca, simptom dan cara atasi keletihan emosi

    Punca, simptom dan cara atasi keletihan emosi

    By Umi FatehahDecember 15, 2022Updated:December 17, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Keletihan emosi boleh menjejaskan prestasi kerja seseorang. - GAMBAR HIASAN JESHOOTS.COM/UNSPLASH

    MUNGKIN ada antara kita yang berada dalam situasi yang merasakan kehidupan ini memenatkan. Apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian meniadi sangat meletihkan dalam aspek fizikal dan emosi. 

    Tidak kira sama ada golongan yang masih belajar, bekerja atau sudah bersara, pasti semua pernah mengalami perasaan seperti ini. Keadaan ini dikenali sebagai keletihan emosi (emotional exhaustion). 

    Keletihan emosi ialah keadaan apabila emosi berasa lesu dan letih akibat tekanan daripada kehidupan peribadi atau hal berkaitan kerja atau kedua-duanva sekali. Keletihan emosi juga sering dikait rapat dengan situasi burnout.

    Apakah punca keletihan emosi?

    Mengalami tekanan dan kebimbangan harian adalah perkara biasa, tetapi dari masa ke masa, tekanan kronik boleh menjejaskan badan. Keletihan emosi disebabkan oleh tekanan hidup yang berterusan dalam tempoh yang lama, sama ada tekanan peribadi di rumah atau tekanan yang berkaitan dengan kerja.

    Punca keletihan emosi berbeza bagi setiap individu. Perkara yang mungkin tidak akan memberi tekanan kepada anda mungkin memberi tekanan pada orang lain. 

    Punca dan simptom keletihan emosi. – INFOGRAFIK OLEH ANNUR FILUS/UTUSAN

    Bagaimanakah caranya untuk mengatasi keletihan emosi?

    Pada peringkat awal, mungkin masalah ini tidak dapat diatasi dengan mudah Tetapi, ia akan menjadi lebih berkesan apabila anda mula membentuk tabiat yang lebih sihat. 

    Perkara utama yang perlu dilakukan adalah mengubah beberapa tabiat dalam kehidupan. Mulakan dengan bersenam. Sebarang jenis aktiviti fizikal akan menghasilkan endorfin, bahan kimia dalam otak yang mendorong perubahan emosi yang lebih positif.

    Senaman juga akan membantu mengalihkan fikiran anda daripada terus memikirkan masalah yang dihadapi. Lakukan seaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Anda tidak semestinya perlu berjoging, berjalan-jalan di sekitar taman perumahan sambil menikmati pemandangan juga sudah mencukupi.

    Seterusnya, dapatkan tidur yang cukup. Boleh dikatakan kita sebenarnya sudah lali mendengar dan membaca keperluan untuk mendapatkan tidur yang cukup. Tetapi, ada sebabnya mengapa ia disebut berkali-kali. Kesihatan fizikal dan mental kita bergantung kepada kualiti dan durasi tidur. 

    Justeru, dapatkan tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga sembilan jam tidur pada setiap malam.

    Di samping mengubah gaya hidup, anda juga perlu berkomunikasi dengan rakan atau keluarga dan jangan sesekali menyendiri. Walaupun melalui bercerita atau meluah perasaan kepada mereka mungkin tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi ia mungkin dapat membantu meringankan beban yang ditanggung secara emosi.

    Sekiranya anda sudah mengubah gaya hidup dan berkongsi masalah mash tidak dapat mengurangkan perasaan negatif, cuba dapatkan bantuan pakar seperti ahli terapi dan pakar psikologi.

    Keletihan emosi adalah keadaan yang boleh dirawat, maka jangan dibiarkan sehingga melarat. Jika seseorang tidak dapat mengatasi masalah ini, ia mungkin berlarutan sehingga berminggu, berbulan dan tidak mustahil, bertahun.

    Apabila dibiar lama, kesihatan mental dan fizikal akan lebih merosot. Ingat, kesihatan merupakan kekayaan paling mahal kerana ia tidak dapat dibeli dengan wang. 

    Semakin banvak masalah kesihatan yang anda hadapi, semakin banvak wang yang perlu dibelanjakan untuk kembali sihat seperti sedia kala. Jadi, jangan pandang remeh terhadap kesihatan mental dan fizikal. – RELEVAN

    Previous Article1,241 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article Sediakan payung sebelum hujan, azam baharu 2023

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.