Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah, prinsip asas dan tokoh utama Parti Warisan

    Sejarah, prinsip asas dan tokoh utama Parti Warisan

    By November 17, 2022Updated:December 3, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEBAGAIMANA di Semenanjung, Sabah juga mempunyai parti politik yang cukup dekat di hati rakyat dan juga memiliki reputasi sangat baik dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sehingga pernah menjadi parti pemerintah di Sabah.

    Parti politik itu ialah Parti Warisan yang mana tujuan penubuhannya adalah untuk mewujudkan platform perpaduan rakyat Malaysia dengan warisannya yang pelbagai dan dapat berdiri bersama-sama sebagai sebuah negara.

    Di dalam Bahasa Melayu, perkataan warisan itu membawa maksud sesuatu yang diwarisi, peninggalan atau pusaka.

    Matlamat utama Warisan adalah untuk memperjuangkan kebajikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik. Ia juga bertujuan mewujudkan masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi.

    Sejarah penubuhan

    Menyelusuri sejarah penubuhan Parti Warisan, ia ditubuhkan pada 17 Oktober 2016 oleh pengasas dan presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama-sama Datuk Darell Leiking dan beberapa ahli politik di Sabah.

    Sebelum ini, ia dikenali sebagai Parti Warisan Sabah dan kemudian dibuat penjenamaan semula dengan nama Parti Warisan.

    Walaupun pada awalnya Parti Warisan ditubuhkan untuk kepentingan masyarakat di Sabah, namun tidak menghalang parti tersebut melebarkan sayap di Semenanjung Malaysia.

    Parti ini memperjuangkan perpaduan semua rakyat bagi membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh dan stabil.

    Warisan juga merupakan sebuah parti berbilang kaum yang tidak mengira pegangan dan anutan agama serta suku kaum. Parti ini berlandaskan konsep parti milik semua kaum.

    Dasar/prinsip asas parti

    Warisan berusaha untuk memperjuangkan dasar-dasar yang berkaitan dengan ekonomi, pekerjaan, kesihatan, pendidikan, tadbir urus, pembaharuan institusi, kelestarian alam sekitar dan mewujudkan Malaysia yang lebih progresif.

    Parti ini juga percaya untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.

    Menurut parti tersebut, anda tidak perlu menjadi ahli politik atau aktivis, sudah memadai hanya rakyat Malaysia yang sayang dan mengambil berat tentang negaranya.

    Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) pada Sabtu ini, presidennya Mohd. Shafie berkata, Warisan menyasarkan untuk memenangi 25 kerusi atau sebahagian besar daripada keseluruhan kerusi Parlimen di Sabah pada 19 November ini.

    Ujarnya, Warisan perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di Sabah, selain satu di Labuan bagi menguatkan kedudukan parti dalam menentukan siapa yang boleh membentuk kerajaan pusat selepas PRU15 pada Sabtu ini.

    Tokoh utama

    Warisan diketuai oleh Mohd. Shafie selaku Presiden manakala jawatan Timbalan Presiden disandang oleh  Darell dan Datuk Loretto S Padua Jr. selaku Setiausaha Agung.

    Naib Pengerusi pula digalas oleh tiga individu iaitu Datuk Jaujan Sambakong, Datuk Junz Wong dan Terence Siambun.

    Tokoh-tokoh lain

    • Datuk Awang Ahmad Sah (Bendahari Agung)
    • Datuk Mohd Azis Jamman (Ketua Penerangan)
    •  Norazlinah Arif
    •  Ismail Ayub
    • Isnaraissah Munirah Majilis
    •  Dr. Rajiv Bhanot
    •  Justin Wong Yun Bin
    •  Sarifudin Hata
    •  Bryan Lai Wai Chong

    – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.