Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Long Covid: Penuaan cepat sedekad, stamina menurun

    Long Covid: Penuaan cepat sedekad, stamina menurun

    By Zubaidah IbrahimOctober 31, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KAJIAN terbaharu mendapati Long Covid secara drastik boleh mengurangkan kapasiti seseorang untuk bersenam dan melakukan aktiviti fizikal.- GAMBAR HIASAN/RAWPIXEL.COM/FREEPIK

    KAJIAN terbaharu mendapati Long Covid secara drastik boleh mengurangkan kapasiti seseorang untuk bersenam dan melakukan aktiviti fizikal.

    Menerusi perkongsian di Health, para penyelidik mengatakan keadaan tersebut merupakan satu lagi gejala pasca Covid-19.

    Para penyelidik telah menganalisis 38 kajian berbeza tentang berapa lama Covid-19 boleh menjejaskan aktiviti senaman.

    Aktiviti fizikal boleh berasa lebih sukar bagi orang yang menghadapi situasi ini, kadangkala menghilangkan keupayaan senaman berbanding dengan mereka yang mempunyai kes akut Covid-19, tetapi pulih.

    “Secara umumnya, ia diterjemahkan kepada penurunan kapasiti senaman dengan penuaan 10 tahun lebih awal.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 Pengajaran daripada pandemik Covid-19 – Relevan

    “Ini mungkin kelihatan seperti keupayaan untuk melakukan joging ringan kepada hanya boleh berjalan pantas,” kata Pengarang Utama kajian, Matthew Durstenfeld yang juga merupakan Pakar kardiologi dan Penyelidik Klinikal di Jabatan Perubatan, Universiti California, Amerika Syarikat.

    Tambah beliau, walaupun ini mungkin tidak berlaku kepada semua orang yang menghidap Long Covid, ia menunjukkan bahawa kesannya terhadap senaman adalah berbeza-beza dan boleh menjadi melampau.

    Kapasiti senaman berkurang

    Menurut seorang Profesor Perubatan Bersekutu dan Pengarah Klinik Pasca Covid, Kolej Perubatan Baylor, Fidaa Shaib, secara umumnya penurunan kapasiti dalam senaman ialah pengurangan keupayaan untuk melakukan aktiviti fizikal biasa.

    “Ketidakupayaan bersenam juga dikaitkan dengan fungsi jantung dan paru-paru yang mana merupakan simptom biasa bagi banyak penyakit kronik termasuk diabetes jenis 2 dan kegagalan jantung.

    PESAKIT Long Covid mengalami penurunan kapasiti dalam senaman iaitu stamina 10 tahun lebih tua daripada usia sebenar.- FOTO OLEH ARTHURHIDDEN/FREEPIK

    “Bagi segelintir pesakit Long Covid akan mendapati diri mereka tidak mampu melakukan aktiviti bersenam dengan lebih aktif berbanding sebelum dijangkiti Covid-19.

    “Sehubungan itu, kami menganalisis 38 kajian berbeza dengan sejumlah 2,160 peserta dan akhirnya menerima sembilan kajian termasuk 464 individu yang mempunyai simptom Long Covid dan 359 lagi tidak mempunyai gejala tersebut,” ujarnya.

    Sementara itu, Durstenfeld memberitahu, kajian tersebut bergantung kepada ujian senaman kardiopulmonari (CPET) untuk mengukur kapasiti senaman khususnya penggunaan oksigen puncaknya (V̇o2).

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang anda perlu faham tentang endemik – Relevan

    Penyelidik mendapati perbezaan puncak Vo2 dalam kalangan orang yang mempunyai simptom Long Covid lebih daripada tiga bulan selepas jangkitan Covid-19 dan mereka yang tidak mengalami Long Covid.

    “Oleh itu, pesakit Long Covid mengalami penurunan kapasiti dalam senaman iaitu stamina 10 tahun lebih tua daripada usia sebenar.

    “Sebagai contoh, keupayaan senaman mereka yang berusia 40 tahun seolah-olah berumur 50 tahun apabila mereka mengalami Long Covid,” terang Durstenfeld.

    Sehubungan itu, para penyelidik meneliti lebih banyak maklumat untuk mengetahui keadaan tersebut apabila seseorang mengalami Long Covid.

    “Tiada satu mekanisme yang dapat dikenal pasti sebagai punca Long Covid yang menjadi penyumbang kepada penurunan kapasiti senaman.

    “Oleh itu, lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan mengenai kaitan penurunan kapasiti senaman dan Long Covid, malah gejala tersebut berpotensi berpanjangan,” tutur Shaib.

    Cara mengatasi

    “Adalah jelas bahawa pesakit yang terjejas Long Covid agak sukar untuk kembali kepada stamina sedia ada.

    “Anda perlu kembali bersenam secara beransur-ansur,” kata Shaib.

    Beliau menyarankan agar pesakit menjalani ujian senaman kardiopulmonari bagi menentukan dari mana kapasiti berkurangan dan puncanya serta cara menangani masalah itu dengan selamat.

    “Ramai pesakit kami yang mengadu sangat penat walaupun melakukan sedikit aktiviti dan tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti lagi selepas itu,

    “Anda benar-benar perlu mengukur aktiviti anda,” ulas pakar Pulmonologi dan Perubatan Penjagaan Kritikal di Pusat Perubatan MemorialCare Long Beach, Jimmy Johannes.

    Walaupun tidak jelas berapa lama pesakit Long Covid akan mengalami gangguan dalam senaman mereka, penyelidik berkata, terapi dan rawatan boleh membantu orang yang menghidap Long Covid untuk bergiat aktif seperti biasa.- RELEVAN

    Previous ArticleSubvarian baharu Covid-19 lebih mudah merebak, mampu elak perlindungan vaksin
    Next Article 2,833 kes sembuh Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.