JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,136 kes semalam berbanding 1,743 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,887,675 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,695 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,823,984 kes.
Sebanyak enam kematian Covid-19 dilaporkan semalam manakala tiga daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,458 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,758 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,233 kes dengan 26,060 kes atau 95.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,125 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 27 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN