Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 keajaiban bahasa dalam lirik lagu Malique

    6 keajaiban bahasa dalam lirik lagu Malique

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 13, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GAMBAR MLQ ENTERTAINMENT

    TIDAK ramai penyanyi tempatan yang mampu meninggalkan legasi besar seperti yang dilakukan Malique Ibrahim. 

    Baik duo atau solo, Malique mengangkat genre hip hop dari bawah tanah sehingga kemuncak, kemudian membuka jalan untuk ramai lagi bakat baharu dalam genre tersebut membina nama sehingga kini.

    Lebih menarik, lirik yang dihasilkan Malique sangat berkualiti sehingga menginspirasikan lebih ramai penyanyi rap menghasilkan lirik dalam bahasa Melayu, selepas lagu rap berbahasa Inggeris menguasai industri sejak sekian lama.

    Keupayaan penulisan Malique adalah luar biasa, sehingga penerbit muzik terkenal, Datuk Ahmad Izham Omar pernah berkata, albumnya patut dikaji bukan sahaja oleh peminat muzik, malah Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri.

    Muzik bukan sekadar alat hiburan kosong. Ia sebuah aliran seni yang boleh dikaji dan digunakan dalam pendidikan. Seperti lirik-lirik Malique, ia berupaya menambahkan rasa cinta kita terhadap bahasa Melayu.

    Sehubungan itu, Relevan menyenaraikan kepada anda enam keajaiban bahasa yang boleh ditemui dalam lirik-lirik Malique. 

    • Perbendaharaan kata

    Ini satu ciri yang jelas dalam lirik-lirik Malique. Perbendaharaan kata dalam liriknya sangat luas, termasuk perkataan-perkataan yang sudah langka penggunaannya.

    Contohnya dalam lirik Bawaku Pergi, Malique menggunakan perkataan bopeng dalam baris “bawa bekal air muka cuci aib bopeng”.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bopeng bermaksud kecacatan yang berupa lubang-lubang kecil pada muka.  

    Begitu juga dalam lirik Muzik Buatku High, Malique menggunakan perkataan kamir yang bermaksud mengadun atau mengintegrasikan serta perkataan daktil dalam lirik Aku Maafkan Kamu yang bermaksud jari. 

    Tidak dilupakan, perkataan sawai yang bermaksud tidak sedarkan diri kerana dirasuk; kencana yang bermaksud emas; kedana yang bermaksud miskin  dan gawai yang bermaksud kerja atau tugas dalam lirik Pejamkan Mata. 

    • Rima

    Rima antara teknik yang paling lazim digunakan dalam penulisan lirik lagu rap. Namun, rima bukan hanya pengulangan suku kata pada akhir baris – yang dikenali sebagai rima akhir – tetapi juga rima dalaman, pengulangan suku kata dalam satu baris.

    Sebagai contoh, baris “bawah cermin kopak ada kotak” dalam lirik Aku Maafkan Kamu dan “lidahku kaku tak selicin kuku” dalam lirik Mantera Beradu.

    Malah, Malique juga banyak menggunakan pengulangan jenis asonansi (pengulangan vokal) dan aliterasi (pengulangan konsonan) dalam liriknya. Ini dapat dilihat dalam baris “ingkar lukis garis nipis antara damai dan lalai” dalam lirik Warkah Dari Perbatasan dan “tiada lagi askar-askar luka main kejar-kejar” dalam lirik Perang Dah Tamat.

    Mungkin ramai penulis lirik yang mampu bermain dengan penggunaan rima tetapi lirik Malique bukan sekadar berima, malah pemilihan perkataannya tepat. 

    • Makna yang bertaut dan beruntut

    Antara ciri penting sebuah wacana ialah kohesi (tautan) dan koheren (runtutan). Sebuah lirik ialah sebuah wacana dan seluruh penceritaan dalam lirik tersebut perlu bertaut dan beruntut untuk menghasilkan sebuah wacana yang baik.

    Perhatikan rangkap lirik Assalamualaikum ini:

    “Jurucakap institusi puisi

    Berjasa pada semua macam pensel 2B

    Otak kanan tekan tubi, pena jadi deltoid

    Lagu minum protein, rap suntik steroid

    Dua kati creatine aku android

    Datang sesekali impak asteroid”

    Dalam rangkap ini, makna setiap dua baris pertama dan tiga baris seterusnya masing-masing  ditaut dengan tema pendidikan serta senaman, manakala dua baris pertama dan empat baris seterusnya diruntut dengan rima akhir.

    • Susunan fonem

    Susunan fonem mungkin tidak banyak dibincangkan dalam kajian sastera namun untuk lirik rap, peranannya penting. Susunan fonem (bunyi yang dihasilkan setiap abjad) yang sesuai dapat membantu penyanyi menyampaikan nyanyian rapnya dengan lebih lancar.

    Contohnya dalam lirik Bukan Mudah, Malique meletakkan lapan fonem letusan (/j/ dan /c/) dalam rangkap ini:

    “Diasahkan taji,

    Kibarkan panji-panji,

    Ingati janji-janji,

    Serikandi masih menanti-nanti di menara candi”

    Susunan fonem tersebut, dengan tidak menggangu makna rangkap, membolehkan sebutan perkataan tersebut disampaikan dengan jelas walaupun diucap dengan laju. 

    • Kiasan

    Satu lagi teknik yang sering digunakan dalam penulisan lirik ialah kiasan. Tanpa kiasan seperti metafora, simile dan analogi, lirik kedengaran kontang dan membosankan.

    Malique bijak meletakkan kiasan dalam lirik dengan menggunakan perbandingan yang mudah difahami dan sesuai dengan nada lagunya. 

    Dalam lirik Cuba Lagi yang bernada motivasi, Malique menulis rangkap ini:

    “Lepas cakap besar tanam pokok,

    Masih belum boleh berteduh besok,

    Kalau tak berbuah,

    Doa sehari lagi,

    Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali”

    Dalam lirik Muzik Buatku High yang bernada angkuh, Malique menulis begini:

    “Muzik meditasi, pasti levitasi

    Lepas Najib, Malique yang paling berdedikasi

    Dengan artikulasi seakan mengintimidasi

    Lagu diputar radio tanpa henti macam sufi Parsi”

     

    • Knowledge-drop

    Penyanyi rap memang terkenal dengan persona yang angkuh. Sebab itu mereka banyak petik nama (name-drop) dalam lagu. Namun, Malique di liga lain. Dia petik pengetahuan (knowledge-drop). 

    Dalam lirik Salut, Malique memperaga pengetahuan sejarahnya dengan rangkap ini:

    “Lirik Malique bukan teks tapi kodeks macam Hammurabi

    Atau Nag Hammadi

    Jangan kupas mesti carigali”

    Dalam Perang Dah Tamat, Malique menunjukkan pengetahuannya tentang pelbagai kitab agama di dunia dalam rangkap ini:

    “Ada Torah, Zabur, Injil, ada Quran

    Kalau iqra’ tiada ibu bayi mati berpelukan

    Ada I-Ching, ada Tipitaka, ada Veda

    Habis baca semua baru sedar kita tiada beza” – RELEVAN

    Previous Article7 tip capai keseimbangan kerjaya dan kehidupan
    Next Article 22,804 kes aktif Covid-19, 3 kematian

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.