Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kanser prostat membunuh dalam setiap 45 minit

    Kanser prostat membunuh dalam setiap 45 minit

    By October 3, 2022Updated:March 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SELALUNYA, apabila lelaki didiagnosis dengan kanser prostat, kumpulan sel kanser boleh ditemui pada lebih daripada satu lokasi di sekitar prostat.- GAMBAR HIASAN/ANDREA PIACQUADIO/PEXELS

    PENYELIDIK dari Universiti East Anglia, United Kingdom (UK) berjaya membuat penemuan penting tentang bagaimana kanser prostat boleh mula berkembang.

    Satu kajian terbaharu yang dikongsikan di sciencedaily mendedahkan bahawa sel-sel tisu di seluruh prostat sudah siap dan bersedia untuk mengembangkan kanser prostat.

    Ini bermakna, mungkin lebih baik untuk merawat keseluruhan prostat daripada hanya kawasan dalam prostat yang mempunyai kanser.

    Pasukan penyelidik berharap kajian mereka dapat membantu saintis memahami dengan lebih baik punca kanser prostat dan sekali gus, mencegahnya.

    Ketua penyelidik, Prof. Daniel Brewer berkata, kanser prostat adalah kanser yang paling biasa dalam kalangan lelaki dan membunuh seorang lelaki setiap 45 minit di UK.

    SATU kajian terbaharu itu mendedahkan bahawa sel-sel tisu di seluruh prostat sudah siap dan bersedia untuk mengembangkan kanser prostat.- GAMBAR HIASAN/PUBLICDOMAINPICTURES-14/PIXABAY

    ARTIKEL BERKAITAN: Pengesanan kanser paru-paru percuma dengan teknologi AI – Relevan

    “Selalunya, apabila lelaki didiagnosis dengan kanser prostat, kumpulan sel kanser boleh ditemui pada lebih daripada satu lokasi di sekitar prostat.

    “Kami ingin tahu sekiranya ini disebabkan oleh perubahan dalam sel prostat ‘normal’ di seluruh prostat,” terangnya.

    Tambah beliau, kanser didorong oleh perubahan dalam asid deoksiribonukleik (DNA), kod genetik kehidupan yang muncul dalam setiap sel.

    Pasukan itu mengkaji kod DNA dalam 121 sampel tisu daripada 37 lelaki dengan dan tanpa kanser prostat.

    Brewer memberitahu, sampel yang mereka kaji termasuklah tisu berasal dari kanser dan tisu dari tempat lain di sekitar prostat yang kelihatan normal di bawah mikroskop.

    “Ini menghasilkan sejumlah besar data dan menggunakan kuasa komputer, kita boleh menentukan perbezaan yang telah berlaku dalam DNA serta memberi gambaran tentang bagaimana kanser itu berkembang.

    “Kami mendapati sel prostat normal pada lelaki yang menghidap kanser prostat mempunyai lebih banyak mutasi (perubahan dalam DNA) berbanding sel prostat normal daripada lelaki tanpa kanser prostat,” ujarnya.

    Berdasarkan genetik sampel yang dianalisis, pasukan penyelidik itu mencipta peta untuk memahami bagaimana mutasi yang berbeza berlaku.

    PENYELIDIK dari Universiti East Anglia, United Kingdom (UK) berjaya membuat penemuan penting tentang bagaimana kanser prostat boleh mula berkembang.- FOTO OLEH MARIJANA/PIXABAY

    Kajian ini menunjukkan bahawa pada kebanyakan lelaki, mutasi dalam sel normal adalah berbeza dengan mutasi dalam sel kanser.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mandi ketika kilat, pakar syorkan panduan elak panahan petir – Relevan

    Sel prostat normal pada lelaki yang mempunyai kanser prostat didapati menyediakan persekitaran yang bermanfaat untuk sel-sel kanser prostat berkembang dan merebak.

    “Dalam erti kata lain, seluruh prostat sudah siap dan bersedia untuk mengembangkan kanser prostat yang didorong oleh proses biologi yang belum diketahui.

    “Perkara tersebut telah meningkatkan pengetahuan kita tentang bagaimana kanser prostat mula berkembang dan mungkin suatu hari nanti memberi petunjuk tentang cara mencegah atau merawatnya.

    “Ia juga menunjukkan bahawa mungkin lebih baik untuk merawat keseluruhan prostat daripada hanya kawasan dalam prostat yang mempunyai kanser,” kongsi Brewer lagi.

    Sementara itu, Pengurus Kanan Penyelidikan di Kanser Prostat UK, Dr. Hayley Luxton, berkata, penyelidikan baharu yang menarik ini menunjukkan buat kali pertama bagaimana sel normal dalam prostat boleh memudahkan pertumbuhan dan penyebaran kanser prostat.

    “Para penyelidik mendapati bahawa sel prostat normal pada lelaki yang menghidap kanser prostat mempunyai perubahan genetik tertentu yang menjadikannya bertindak seperti kompos yang kaya, menyediakan persekitaran sempurna untuk sel kanser prostat berkembang dan merebak.

    “Penemuan ini memberi kita pandangan baharu yang penting tentang perkembangan awal kanser prostat dan mungkin suatu hari nanti memberi petunjuk tentang cara mencegahnya,” ulas Luxton.- RELEVAN

    Previous ArticleHadapi persekitaran kerja toksik dengan cara yang betul, ikuti langkah-langkah ini
    Next Article 2,005 kes sembuh Covid-19, 5 kematian

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.