ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,552 kes semalam berbanding 1,186 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,834,554 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,684 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,774,314 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,363 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,732 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,883 kes dengan 22,741 kes atau 95.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,096 kes atau 4.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 26 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN