Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sikap pelajar membuatkan tuan rumah serik

    Sikap pelajar membuatkan tuan rumah serik

    By Umi FatehahSeptember 23, 2022Updated:September 26, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SESETENGAH tuan rumah sudah serik mahu menyewakan kepada pelajar-pelajar universiti. - Gambar Hiasan Wallace Chuck/Pexels

    MUTAKHIR ini, kita disajikan dengan isu mahasiswa sukar mencari rumah sewa kerana gagal mendapatkan tempat di kolej kediaman yang disediakan oleh universiti.

    Ada juga yang mengadu segelintir tuan rumah tidak mahu menyewakan kepada pelajar atau mengenakan deposit yang tinggi. Namun, bagi pihak penyewa pula ada sebabnya mengapa perkara ini terjadi.

    Menurut seorang perunding hartanah di IQI Realty, Ahmad Noor Rasydan Hamidun, sesetengah tuan rumah sudah serik mahu menyewakan kepada pelajar-pelajar universiti.

    Hal ini kerana sebahagian besar pelajar yang menghubunginya untuk menyewa sangat bermasalah dan tidak telus ketika berurusan. 

    “Ada juga yang apabila permohonan rayuan kolej diterima, terus memberitahu akan keluar rumah dan minta dipulangkan deposit.

    “Saya juga pernah diugut oleh ibu bapa pelajar untuk pulangkan deposit, sedangkan itu bukan dalam perjanjian asal,” ujarnya.

    Rasydan memberitahu, bukan niat tuan rumah tidak mahu menyewakan kepada pelajar, tetapi ia berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri.

    Antara masalah yang dihadapi olehnya ialah kebanyakan yang berjanji untuk sesi melihat rumah tidak muncul. 

    Menurut beliau, perkara ini bukan sahaja membuang masa pihak ejen dan tuan rumah, malah telah menutup peluang pelajar lain yang betul-betul terdesak untuk menyewa.

    Dalam pada itu, perunding hartanah itu berkata, sesetengah pelajar juga terlalu memilih. Mereka mahukan rumah yang kos sewa bulanan murah, tetapi mengeluh apabila diberikan rumah yang tidak dilengkapi perabot. 

    “Apabila ditanya, mereka mahukan rumah yang dilengkapi peralatan,  tetapi tidak mempunyai bajet yang mencukupi.

    “Masa berurusan dengan pelajar satu hal, bila dah mula menyewa di rumah sewa lagi macam-macam masalah timbul,” luahnya.

    Selain itu, ada juga segelintir pelajar tidak membayar sewa bulanan pada masa yang ditetapkan, keadaan rumah pula kotor dan mempunyai banyak kerosakan harta benda. 

    KEADAAN rumah pula kotor dan mempunyai banyak kerosakan harta benda. – Gambar Hiasan Jason Leung/Unsplash

    Seorang lagi perunding hartanah daripada IQI Realty, Ruse Sulaiman berkata, tuan rumah dan pelajar perlu membuat perjanjian menyewa. 

    Jelasnya, sekiranya penyewa gagal untuk membayar sewa rumah pada waktu dan jumlah yang ditetapkan, pemilik rumah berhak memberi notis untuk pindah keluar.

    Susulan itu, Ruse menegaskan sekiranya terdapat kerosakan harta benda, penyewa perlu bersetuju untuk membayar ganti rugi yang dikehendaki oleh tuan rumah. 

    KEROSAKAN harta benda itu semua atas kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab oleh penyewa. – Gambar Hiasan Strange Happenings/Pexels

    Hal ini kerana kerosakan harta benda itu semua atas kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab oleh penyewa.

    Beliau yang sering menguruskan hal rumah sewa bersama pelajar itu juga berkongsi beberapa pesanan untuk panduan dan pengajaran pelajar-pelajar yang sedang dan bakal menyewa.

    “Sebagai penyewa, kita perlu bayar mengikut perjanjian yang ditetapkan. Ini merupakan tanggungjawab sebagai penyewa. Tuan rumah sepatutnya tidak perlu mengingatkan pelajar berkali-kali untuk membayar sewa.

    “Apabila menyewa di rumah orang, hendaklah kita memastikan rumah dijaga dalam keadaan yang baik. Penyewa juga tidak sepatutnya membuat sebarang ubah suai tanpa pengetahuan dan kebenaran tuan rumah,” pesan Ruse. – RELEVAN 

    Previous Article12 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, 7 BID
    Next Article Rahsia Chez Hamdan bergelar penggaya rambut berjaya

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.