Facebook Twitter
    Trending
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    • 7 puisi buat anda di hari puisi
    • Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?
    • Pesakit jantung boleh berpuasa?
    • Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran
    • 10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat
    • 5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023

      251 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      March 11, 2023
    • Kewangan

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023

      7 perbandingan perkara utama dalam Belanjawan 2023 dan Bajet 2023

      February 27, 2023

      5 cabaran ekonomi untuk Malaysia pada 2023 menurut Perdana Menteri

      February 26, 2023
    • Pendidikan

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023

      Berbual bersama Fai: Sisi teknikal di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 15, 2023

      Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 14, 2023
    • Kerjaya

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023

      10 negara yang telah, sedang dan akan laksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu

      March 6, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rahsia Chez Hamdan bergelar penggaya rambut berjaya

    Rahsia Chez Hamdan bergelar penggaya rambut berjaya

    By Zubaidah IbrahimSeptember 23, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CHEZ HAMDAN berpengalaman 17 tahun sebagai penggaya rambut.

    SIAPA sangka, bermula dengan menggunting rambut adik lelakinya ketika berusia 13 tahun telah menjadi titik tolak kepada Halimi Hamdan, 36, yang kini bergelar penggaya rambut profesional.

    Dia yang juga dikenali sebagai Chez Hamdan tidak menyangka untuk bergelar penggaya rambut kerana impiannya ketika kecil ialah bercita-cita sebagai angkasawan.

    “Pada awalnya saya hanya sekadar ingin mencuba menggunting rambut adik dan keseronokan itu semakin melonjak apabila saya turut diminta untuk menggunting rambut rakan-rakan di sekolah.

    “Mereka sangat menyukai hasil kerja saya dan perkara itu merebak dari mulut ke mulut sehingga membuatkan saya tidak menang tangan,” ceritanya yang berpengalaman 17 tahun dalam bidang penggayaan rambut.

    BUKAN sahaja menjalankan perusahaan salon rambut, Chez Hamdan turut mempunyai rangkaian produk penjagaan rambut jenamanya sendiri.

    Walaupun pada ketika itu Chez menerima banyak permintaan untuk menggunting rambut, tetapi dia masih lagi tercari-cari hala tuju kerjaya yang dimahukan sehinggalah dia menyambung pelajaran dalam jurusan perakaunan di sebuah universiti tempatan.

    Keadaan diri yang keliru dan kurang minat dalam bidang perakaunan membuatkan anak kelahiran Jerantut, Pahang itu perlu mengambil keputusan terbaik untuk masa hadapannya dan tidak mahu lagi membuang masa.

    “Ketika di universiti itu saya masih lagi mengambil upah menggunting rambut kawan-kawan secara sambilan dan hari demi hari menguatkan keputusan untuk serius dalam bidang penggayaan rambut.

    “Lantas, saya mengambil keputusan berhenti belajar dalam bidang perakaunan dan kemudian menyambung pengajian dalam kursus penggayaan rambut di sebuah akademi di Kuala Lumpur,” tutur bapa kepada dua orang cahaya mata itu.

    Tambah Chez, pada ketika itu tidak ada banyak pusat pengajian yang mengajar kursus penggayaan rambut dan dia merupakan satu-satunya pelajar Melayu di akademi tersebut.

    Jelasnya, dahulu memang tidak ramai orang Melayu yang menceburi bidang penggayaan rambut dan ia banyak dimonopoli oleh bangsa Cina.

    BERGELAR penggaya rambut menjanjikan masa hadapan yang cerah sekiranya berusaha keras, tanamkan minat dan fokus.- GAMBAR HIASAN/Element5 Digital

    Di akademi itu, dia diajar pelbagai ilmu seperti menggayakan rambut, mewarna, mencuci, menggunting, penjagaan rambut dan pelbagai lagi.

    “Pengalaman menggunting rambut memberi kelebihan kepada saya dan sebaik sahaja tamat pengajian terus mendapat pekerjaan di sebuah salon rambut.

    “Bekerja sebagai penggaya rambut sangat seronok kerana bebas untuk berkarya, boleh berjumpa dengan pelbagai latar belakang orang dan kami juga menjadi seperti diari untuk pelanggan,” katanya yang kini merupakan pemilik salon Chez Kamya Professional.

    Di sebalik keseronokan itu, Chez mengakui bergelar penggaya rambut turut mempunyai cabarannya tersendiri terutama jika masih baru menceburi bidang ini dan nama tidak dikenali kerana sukar mendapatkan kepercayaan orang pada peringkat awal.

    ANTARA tanggungjawab penggaya rambut adalah memberi konsultasi kepada pelanggan mengenai imej yang sesuai dengan bentuk muka, tekstur rambut dan membuat penggayaan rambut.-GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Ujar Chez, ia bukanlah satu halangan dan seharusnya penggaya rambut baharu bekerja keras membuktikan kebolehan masing-masing untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan serta membina nama sendiri.

    Mengulas mengenai skop tugas sebagai penggaya rambut, anak kedua daripada lima beradik itu berkata, antara tanggungjawabnya adalah memberi konsultasi kepada pelanggan mengenai imej yang sesuai dengan bentuk muka, tekstur rambut dan membuat penggayaan rambut.

    “Berikan perkhidmatan terbaik dan bina hubungan baik dengan pelanggan kerana ia merupakan kunci terpenting untuk memastikan mereka kembali semula serta menjadi pelanggan tetap.

    “Sepertimana bidang-bidang lain, bergelar penggaya rambut juga menjanjikan masa hadapan yang cerah sekiranya kita betul-betul berusaha, tanamkan minat dan fokus,” ujarnya yang berpegang kepada prinsip jangan pernah berputus asa.

    Pengalaman dan kepakaran Chez dalam bidang penggayaan rambut membuatkan dia sering dijemput untuk menjadi juri dalam dalam pelbagai pertandingan dan turut bekerjasama dengan kolej komuniti untuk membina silibus berkaitan bidang ini.

    Chez yang turut mempunyai rangkaian produk penjagaan rambut, memasang impian besar untuk membuka salon rambutnya di luar pasaran Malaysia seperti Indonesia untuk mengembangkan lagi jenama tersebut di persada dunia.- RELEVAN

    featured gunting rambut kerjaya penggaya rambut
    Artikel Terkini

    7 fakta langka tentang P. Ramlee

    March 22, 2023

    Bagaimana proses melihat anak bulan?

    March 22, 2023

    7 puisi buat anda di hari puisi

    March 21, 2023

    Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

    March 21, 2023

    Pesakit jantung boleh berpuasa?

    March 20, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.