Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 kelebihan akaun pelbagai mata wang, elak pembaziran tukaran mata wang asing

    4 kelebihan akaun pelbagai mata wang, elak pembaziran tukaran mata wang asing

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 22, 2022Updated:September 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AKAUN pelbagai mata wang dapat membantu anda menjimatkan wang ketika melancong ke luar negara. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PEMBELIAN barangan secara dalam talian sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19, lebih ramai yang selesa membeli barang dalam talian berbanding secara fizikal.

    Trend tersebut berterusan sehingga kini walaupun pergerakan tidak lagi terbatas seperti dahulu. Menurut laporan  Digital 2022, terdapat 14.43 juta rakyat Malaysia berbelanja secara dalam talian pada Februari 2022 dengan nilai perbelanjaan tahunan mencecah AS$8.17 bilion (RM37.31 bilion).

    Walau bagaimanapun, masih ramai pengguna di Malaysia yang tidak peka dengan caj tambahan atau bayaran tersembunyi yang dikenakan apabila membeli barangan dari negara luar.

    Begitu juga apabila melancong ke luar negara. Ramai yang terperangkap apabila pelbagai caj tersembunyi dikenakan ketika membuat tukaran mata wang.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip kewangan untuk pelajar di luar negara

    Kewujudan akaun pelbagai mata wang tidak lagi disedari ramai. Akaun ini memberi banyak manfaat jika anda sering membeli barang atau menerima bayaran dari negara luar.

    Penyedia perkhidmatan kewangan antarabangsa, Wise menyediakan empat kelebihan akaun pelbagai mata wang yang dapat membantu menjimatkan wang anda apabila berurusan dengan syarikat atau pelanggan dari luar negara.

    • Berbelanja seperti rakyat tempatan
    IHSAN WISE

    Kita mudah keliru dengan terma dan syarat yang dikenakan apabila membeli barang dari luar negara. Walaupun anda sudah buat perkiraan yang terperinci berkenaan kadar tukaran mata wang, kadang kala harga akhir yang perlu dibayar tetap lebih tinggi daripada yang dijangka.

    Mempunyai akaun pelbagai mata wang seperti yang ditawarkan Wise sangat membantu dalam keadaan ini. Anda boleh berbelanja seperti rakyat tempatan di negara lain dengan akaun tersebut.

    Berbelanja menggunakan mata wang tempatan lebih menguntungkan. Bukan sahaja anda dapat mengelakkan caj tambahan, kadarnya juga lebih rendah apabila menggunakan akaun pelbagai mata wang.

    • Perlindungan dan kawalan akaun ketika melancong ke luar negara
    IHSAN WISE

    Dengan peralihan ke fasa endemik, anda kini boleh melancong ke luar negara dengan lebih mudah dan selamat. Namun, mengawal akaun sendiri di luar negara bukanlah mudah, lebih-lebih lagi dengan kadar tukaran mata wang yang tinggi.

    Jika anda kerap ke luar negara, kad bank pelbagai mata wang sangat memudahkan urusan. Kadar tukarannya lebih rendah berbanding yang ditawarkan bank biasa.

    Kad ini juga membolehkan anda mengawal akaun sendiri dengan lebih baik melalui pemberitahuan transaksi segera dan jika berlaku penipuan, kad tersebut boleh dibekukan dengan segera. Anda juga boleh mengeluarkan duit dengan mudah di mana-mana mesin ATM di seluruh dunia.

    • Dibayar seperti rakyat tempatan oleh pelanggan asing
    IHSAN WISE

    Semakin ramai yang menawarkan perkhidmatan secara bebas (freelance) sekarang. Dengan bantaun internet, perkhidmatan kita boleh ditawarkan sehingga ke luar negara.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 cara jana pendapatan pasif, bantu tambah wang sampingan

    Akaun pelbagai mata wang sangat membantu para pekerja bebas yang menawarkan khidmatnya ke luar negara kerana kebanyakan pelanggan lebih suka membayar dalam mata wang mereka sendiri. 

    Dengan cara ini, anda tidak perlu runsing dengan caj bank atau kadar tukaran yang tidak adil lagi. Anda boleh dibayar seperti rakyat tempatan pelanggan anda.

    • Urus hartanah luar negara dengan mudah
    IHSAN WISE

    Jika anda mempunyai hartanah di luar negara, pembayaran bil utiliti, cukai dan caj lain sangat melecehkan kerana banyak caj tersembunyi yang perlu diketahui. Lebih-lebih lagi jika hartanah tersebut dijadikan sewaan.

    Dengan akaun pelbagai mata wang, anda boleh dibayar dengan mata wang tempatan dan tukarkannya ketika kadar tukaran berada pada paras yang paling menguntungkan. 

    Bukan sahaja urusan anda dipermudah, anda juga dapat menjimatkan wang dengan mengelak bayaran-bayaran tersembunyi yang tidak diperlukan. – RELEVAN

    Previous Article5 Pengajaran kewangan daripada pandemik Covid-19
    Next Article 12 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, 7 BID

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.