Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Melanonychia: Garis kehitaman pada kuku mungkin petanda penyakit serius

    Melanonychia: Garis kehitaman pada kuku mungkin petanda penyakit serius

    By Umi FatehahSeptember 15, 2022Updated:September 15, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GARIS kehitaman pada kuku mungkin petanda penyakit serius. - Gambar oleh Relevan

    CUBA periksa kuku tangan dan kaki anda sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan. Adakah anda ternampak sebuah jalur kehitaman atau berwarna coklat secara menegak? Ia mungkin kelihatan pada satu kuku atau lebih.

    Jika tidak kelihatan, mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun jika ya, ia barangkali tidak berbahaya tetapi garis tersebut juga boleh menjadi tanda kepada penyakit serius.

    Menurut Healthline, keadaan ini dipanggil sebagai melanonychia. Garis itu boleh muncul sama ada pada kuku kanak-kanak dan juga dewasa. 

    Kuku manusia kebiasaannya kelihatan cerah dan seakan lut sinar. Melanonychia terjadi apabila sel pigmen yang dipanggil melanosit, memendapkan melanin iaitu pigmen berwarna coklat ke dalam kuku. 

    KUKU manusia kebiasaannya kelihatan cerah dan seakan lut sinar. – Gambar oleh Segey Mashkov/Pexels

    Mendapan melanin ini kebiasaannya berada dalam satu kelompok. Apabila kuku anda tumbuh, ia menyebabkan jalur coklat atau hitam muncul pada kuku.

    Terdapat dua jenis melanonychia:

    • Pengaktifan melanositik (melanocytic activation)

    Pengaktifan melanositik merujuk kepada peningkatan dalam pengeluaran melanin dalam kuku, tetapi tidak menyumbang kepada peningkatan dalam sel pigmen. Ia boleh dicetuskan oleh trauma, kekurangan nutrisi, ubat-ubatan dan beberapa sebab yang lain.

    Keadaan ini boleh terjadi disebabkan beberapa situasi seperti mengandung, trauma daripada tabiat menggigit kuku, psoriasis, kanser kulit, masalah hormon pertumbuhan, Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan sebagainya.

    • Hiperplasia melanositik (melanocytic hyperplasia)

    Ia merujuk kepada peningkatan dalam bilangan sel pigmen dalam kuku anda. Peningkatan sel ini boleh menjadi tidak berbahaya atau boleh memudaratkan kesihatan.

    Hiperplasia melanositik boleh berlaku disebabkan oleh kanser kuku, tanda lahir dan kerosakan tisu bahagian kuku. Kebiasaannya tanda lahir dan kerosakan tisu ini tidak berbahaya. 

    Beberapa sebab lain yang menyebabkan melanonychia ialah bakteria, tembakau, inai dan pewarna rambut.

    Komplikasi

    Komplikasi serius bagi melanonychia ialah kanser kuku. Selain daripada kanser kuku, masalah-masalah lain adalah seperti pendarahan kuku. 

    Disebabkan ia akan melemahkan kuku, kerosakan kuku seperti terbelah dan kecacatan kuku juga berkemungkinan akan terjadi. Sekiranya terpaksa melakukan biopsi, kuku juga akan rosak dan mengambil masa untuk tumbuh semula.

    Diagnosis

    Doktor akan mulakan diagnosis dengan pemeriksaan fizikal semua kuku tangan dan kaki. Ini termasuk melihat sama ada kuku mempunyai kecacatan, berapa banyak kuku mempunyai melanonychia.

    Doktor juga akan menilai dari segi warna, bentuk dan saiz melanonychia di kuku anda. Sejarah perubatan juga akan diperiksa untuk mengetahui sama ada anda mempunyai sebarang keadaan yang mungkin menyebabkan melanonychia.

    Sekiranya pemeriksaan mendapati anda mempunyai tanda-tanda melanonychia yang serius, proses biopsi iaitu mengambil sebahagian daripada kuku dan tisu untuk pemeriksaan yang lebih lanjut akan dilaksanakan.

    Rawatan

    Sekiranya keadaan tidak serius atau hanya disebabkan trauma seperti tabiat menggigit kuku atau tersepit pintu, kemungkinan besar anda tidak memerlukan rawatan lanjut. 

    Jika melanonychia anda disebabkan oleh ubat, barangkali doktor akan menasihati untuk menukar ubat atau meminta anda berhenti mengambilnya buat seketika sekiranya tidak memudaratkan. Untuk ubat-ubatan yang anda tidak boleh berhenti ambil, melanonychia mungkin hanya kesan sampingan yang tidak berbahaya.

    Dalam keadaan lain, pengambilan ubat antibiotik atau antikulat dapat mengurangkan dan merawat Melanonychia sekiranya ia berpunca daripada jangkitan bakteria. 

    Jika melanonychia anda adalah berisiko kerana tumor, kawasan yang terdedah perlu dibuang sepenuhnya. Ini mungkin bermakna anda akan kehilangan semua atau sebahagian daripada kuku. Dalam sesetengah kes, jari atau kaki yang mempunyai tumor mungkin perlu dipotong.

    Komplikasi yang disebutkan di atas hanya akan berlaku sekiranya anda menunjukkan simptom yang ketara. Tetapi, garis-garis ini boleh menjadi kejadian semula jadi jika anda mempunyai kandungan melanin yang tinggi di dalam badan atau mempunyai tona kulit yang gelap.

    Tidak kira apa pun puncanya, lebih baik sekiranya anda dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor untuk kerana ia kadangkala boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang lain. 

    Jangan pandang remeh terhadap perubahan fizikal anda. Sentiasa lakukan pemeriksaan diri sendiri agar masalah yang lebih memudaratkan dapat dicegah pada peringkat awal.- RELEVAN

    Previous Article1,820 kes sembuh Covid-19 semalam
    Next Article Word of the Year Oxford dari 2015 hingga 2021

    Artikel berkaitan

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.