Facebook Twitter
    Trending
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    • Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?
    • Cikgu marah bukan kerana benci
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025

      Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

      August 7, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025

      Carilab perkenal platform digital carian makmal pertama negara

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apakah yang akan berlaku selepas Raja Charles III menjadi raja baharu Britain?

    Apakah yang akan berlaku selepas Raja Charles III menjadi raja baharu Britain?

    By Umi FatehahSeptember 12, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    King Charles III bakal menjadi kerabat diraja yang ke-40 ditabalkan di Westminster Abbey. - Gambar oleh AFP

    BARU-baru ini, kita dikabarkan dengan kematian Ratu Britain, Elizabeth Alexandra Mary atau lebih dikenali sebagai Ratu Elizabeth II. Baginda meninggal dunia pada umur 96 tahun setelah menjadi ketua kerajaan Britain selama 70 tahun.

    Selepas kematian Ratu Elizabeth II, putera sulungnya Raja Charles III menggalas tugas sebagai raja baharu Britain dan baginda merupakan pewaris tertua yang menaiki takhta iaitu pada usia 73 tahun.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah kehidupan Ratu Elizabeth II

    Setelah mewarisi takhta, Raja Charles III perlu menggalas jawatan tradisi sebagai raja dan juga sebagai ketua negara bagi 15 negara lain dalam Jagat Komanwel (Commonwealth Realms).

    Jagat Komanwel merujuk kepada negara-negara berdaulat yang pernah dijajah Britain dan memilih untuk berada di bawah naungan Raja Britain sebagai ketua negara.

    Sejarah awal

    Baginda dilahirkan pada 14 November 1948 di Istana Buckingham, London, United Kingdom. Menurut Britannica, Raja Charles mendapatkan pendidikan awal di istana tempatnya dilahirkan dan di sekitar London, Hampshire serta di Scotland.

    Pada 29 Julai 1981, Charles berkahwin dengan Lady Diana Frances Spencer. Pasangan Charles dan Diana dikurniakan anak sulung, Putera William pada 21 Jun 1982 dan anak kedua, Putera Henry yang lebih dikenali sebagai Harry pada tahun 1984.

    Pada tahun 1997, dunia dikejutkan dengan berita kematian Diana akibat kemalangan kereta dan menjadi salah satu kontroversi terbesar pada ketika itu. Charles kemudian berkahwin dengan Camilla Parker Bowles yang menggunakan gelaran Duchess of Cornwall pada tahun 2005. 

    Pertabalan

    Sejak 900 tahun yang lalu, majlis pertabalan bakal diadakan di Westminster Abbey. Walau bagaimanapun, persiapan yang perlu dilakukan untuk majlis pertabalan mengambil tempoh yang lama. 

    Oleh itu, majlis pertabalan King Charles III tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat. King Charles III bakal menjadi kerabat diraja yang ke-40 ditabalkan di Westminster Abbey. 

    KING Charles III (tengah), bersama Ratu Elizabeth II (kanan) dan Camilla (kiri) ketika perarakan sempena hari jadi ratu. – Gambar oleh AFP

    Kebiasaannya, majlis pertabalan akan berlaku beberapa bulan selepas kematian pemerintah yang sebelumnya. Hal ini kerana beberapa bulan itu keluarga kerabat diraja akan berada di dalam tempoh berkabung. 

    Selepas Raja Charles III dilantik menjadi raja baharu Britain, terdapat beberapa perubahan yang perlu dilakukan untuk menyesuaikan dengan era pemerintahan raja baharu itu.

    Penukaran lirik lagu kebangsaan Britain

    Menurut CBS News, lagu Kebangsaan UK mempunyai senikata “God save our gracious Queen“, yang akan bertukar kepada “God save our gracious King” iaitu lirik asal yang telah digunakan dalam lagu kebangsaan Britain sejak sekurang-kurangnya dari awal abad ke-17.

    Pembaharuan imej wang Britain

    Wang kertas Britain kini mempunyai wajah Ratu dan kira-kira 4.5 bilion pound sedang dalam edaran dan digunakan. Mereka perlu diganti dan prosesnya berkemungkinan mengambil masa beberapa tahun. 

    Wajah Ratu Elizabeth telah diletakkan pada wang kertas sejak 1960 dan juga dipaparkan dalam beberapa mata wang negara Komanwel yang lain.

    WAJAH Ratu Elizabeth pada wang kertas Britain. – Gambar oleh Colin Watts/Unsplash

    Simbol sistem pos

    Menurut Royal Mail, setem pos pertama yang menampilkan Elizabeth telah dikeluarkan pada 3 Jun 1953, sehari selepas pertabalannya.

    Sejak itu beberapa potret ratu telah dipaparkan pada setem British dengan reka bentuk khas digunakan untuk ulang tahun, hari lahir dan jubli. 

    Setem terbaharu dikeluarkan pada bulan Februari untuk Jubli Platinum ratu yang menunjukkan lapan gambar berbeza baginda sepanjang pemerintahannya. Namun begitu, setem berwajah ratu masih sah digunakan sehingga Januari 2023.

    Setem baharu dijangka akan direka dan dicetak yang menampilkan wajah Raja Charles III. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah keluarga diraja Britain serta pewaris takhta selepas Elizabeth II dan Charles III

    Menurut Reader’s Digest, Charles mungkin akan menjadi pemerintah yang lebih lantang bersuara. Hal ini kerana, baginda dikatakan mempunyai pendirian yang kukuh dan disifatkan sebagai seseorang yang tidak terlalu mengikut protokol.

    Akan tetapi, oleh kerana Ratu Elizabeth menjalankan pemerintahan yang bersifat berhati-hati dan bersederhana, besar kemungkinan Charles akan menjejaki cara pemerintahan ibunya. – RELEVAN

     

    charles featured pendidikan

    Artikel berkaitan

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025

    7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

    August 14, 2025
    Artikel Terkini

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.