SEMALAM mencatatkan sebanyak 3,118 kes jangkitan harian berbanding 3,206 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,771,512 kes.
Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,363 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,699,584 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,191 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,693 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 35,737 kes dengan 34,294 kes atau 96.0 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 23 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,345 kes atau 3.8 peratus pesakit dirawat di hospital, 30 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 45 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN