KES jangkitan harian Covid-19 dilaporkan sebanyak 3,206 kes semalam berbanding 2,636 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,768,394 kes.
Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,180 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,696,221 kes.
Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,185 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,690 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 35,988 kes dengan 34,626 kes atau 96.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 22 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,271 kes atau 3.5 peratus pesakit dirawat di hospital, 27 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 42 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN