ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,490 kes semalam berbanding 4,071 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,752,491 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,193 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,673,593 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,130 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,677 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 42,767 kes dengan 41,212 kes atau 96.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 26 kes atau 0.1 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,454 kes atau 3.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 30 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 45 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN