Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apakah yang berlaku jika anda memakan buah secara berlebihan?

    Apakah yang berlaku jika anda memakan buah secara berlebihan?

    By Umi FatehahAugust 15, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pengambilan buah amat penting untuk memastikan amalan pemakanan kekal seimbang. - Gambar Julia Zolotova (Unsplash)

    SEPERTI yang kita tahu, pengambilan buah amat penting untuk memastikan amalan pemakanan kekal seimbang, seperti yang disyorkan oleh piramid makanan.

    Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima kumpulan makanan yang disusun dalam empat aras mengikut kepentingan kumpulan makanan. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.

    Kita semua sudah sedia maklum bagaimana buah mempunyai pelbagai zat dan khasiat yang tertentu.  Akan tetapi, tahukah anda bahawa pengambilan buah secara berlebihan juga ada padahnya?

    Menurut Health Shots buah-buahan mengandungi gula yang tinggi dan pengambilan buah-buahan yang berlebihan boleh membawa kepada kesan negatif kepada kesihatan.

    Pepatah Inggeris berkata an apple a day keeps the doctor away yang membawa maksud memakan sebiji buah epal setiap hari akan menjauhkan anda daripada doktor dan penyakit. Tidak dinafikan buah-buahan adalah makanan berkhasiat, namun itu tidak bermakna boleh memakannya tanpa had.

    Bercakap tentang pemakanan buah-buahan harian, penting untuk mengambil kira jenis buah-buahan dan kuantiti pengambilan. Dan seperti yang dibincangkan, apa-apa sahaja jenis makanan yang diambil dengan berlebihan berpotensi untuk memudaratkan kesihatan.

    Ini bermakna setiap pengambilan makanan perlu di dalam kuantiti yang sederhana atau seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan.

    Kesan pengambilan berlebihan

    • Kenaikan berat badan, diabetes, masalah hati

    Pengambilan fruktosa berlebihan yang terdapat dalam kebanyakan buah-buahan boleh menyebabkan rintangan insulin, obesiti dan diabetes. Ini seterusnya membawa kepada pengumpulan lemak, yang mengganggu intoleransi glukosa dan fungsi normal badan. Selain itu, akan menyebabkan peningkatan tekanan darah dan paras asid urik.

    • Masalah penghadaman

    Pengambilan fruktosa berlebihan selalu akan menyebabkan sindrom usus besar (IBS).  Antara gejala IBS ialah sakit perut, kembung perut, senak, sembelit dan cirit-birit.  Menurut pakar, salah satu cara terbaik untuk mengatasi masalah penghadaman ialah dengan mengamalkan diet rendah fruktosa.

    • Diet tidak sihat

    Salah satu diet yang tidak sihat ialah diet yang berasaskan buah-buahan sahaja.  Ini bermakna, sesiapa yang mengamalkan diet ini tidak dibenarkan untuk mengambil apa-apa makanan daripada kumpulan makanan yang lain seperti bijirin penuh, karbohidrat dan sebagainya serta hanya membenarkan beberapa sayuran, kacang dan biji.

    Diet buah-buahan tidak sihat kerana diet ini kekurangan nutrien penting seperti protein, omega 3, vitamin B, kalsium dan zat besi. Selanjutnya, diet ini sangat tidak sihat untuk penghidap diabetes, rintangan insulin dan pesakit Sindrom Ovari Polisistik (PCOS).

    Apakah jumlah pengambilan buah yang bersesuaian?

    Pengambilan buah masih penting untuk amalan pemakanan yang seimbang.  Pastikan pengambilan buah dalam kadar yang bersesuaian iaitu tidak melebihi dua hidangan dalam sehari.

    Pakar juga mengesyorkan campuran 2 hingga 3 jenis dan warna buah-buahan yang berbeza setiap hari untuk mendapatkan semua manfaat kesihatan. Pastikan anda tidak memakan buah-buahan sahaja.  Makanan seperti karbohidrat, protein dan fiber juga penting untuk amalan pemakanan yang seimbang. – RELEVAN

    buah-buahan diet featured kesihatan
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.