Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip hidup bebas hutang

    5 tip hidup bebas hutang

    By August 13, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HIDUP tanpa hutang adalah matlamat semua.-Foto oleh Freepic.diller/Freepik

    HIDUP tanpa hutang adalah matlamat semua orang, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah dalam kehidupan mendesak pada ketika ini dengan harga barangan naik mendadak.

    Sehubungan itu, kebarangkalian untuk berhutang sangat tinggi bagi memenuhi keperluan dan kehendak dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

    Dalam usaha mengelakkan hutang, anda kemungkinan membuat kesilapan dan menjadikannya lebih mencabar untuk mencapai matlamat bebas hutang.

    Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan lima tip sebagai panduan untuk anda bebas daripada hutang.

    1. Simpanan dana kecemasan

    Presiden Reach Strategic Wealth, Zach Ashburn berkata, dana kecemasan merupakan kunci penting dalam usaha untuk bebas hutang.

    “Dana kecemasan akan melindungi anda daripada membuat hutang baharu.

    “Wang untuk dana kecemasan perlu diasingkan daripada akaun simpanan dan buat pemindahan automatik setiap kali anda mendapat gaji,” jelasnya.

    2. Hadkan penggunaan kad kredit

    Gunakan kad kredit dengan bijaksana dan penuh tanggungjawab. Jangan membeli lebih daripada yang anda mampu bayar setiap bulan.

    Jika anda mempunyai kad kredit dan cuba mengurangkan hutang, ingatlah untuk membayar lebih daripada bayaran bulanan minimum.

    Sekiranya anda membayar sedikit maka, anda akan kekal dalam hutang lebih lama.

    3. Perlindungan insurans

    Insurans berperanan untuk menghalang anda daripada membayar kos yang terlalu tinggi ketika menghadapi masalah yang tidak terjangka.

    Selain insurans perubatan, anda juga perlu mengambil berat mengenai insurans kenderaan kerana kemungkinan anda akan membelanjakan jumlah yang banyak sekiranya berlaku sesuatu yang buruk kepada kenderaan tersebut.

    “Salah satu kesilapan biasa yang saya lihat dalam kalangan orang yang berusaha untuk hidup tanpa hutang ialah mereka tidak mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi,” kata Henry Hoang yang merupakan perancang kewangan bertauliah dan pengasas Bright Wealth Advisors iaitu firma penasihat pelaburan berdaftar di Orange County, California.

    4. Elak belanja berlebihan

    Anda tidak perlu sentiasa mengambil langkah untuk mengelak daripada berhutang, tetapi anda hendaklah mengekang pembelian yang berlebihan.

    Elakkan berbelanja secara berlebihan dengan mengamalkan disiplin diri, membuat perancangan perbelanjaan yang konkrit dan menentukan cara lain untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri.

    5. Pembahagian bajet 50/30/20

    Ramai pakar kewangan menyokong kaedah 50/30/20. Begini cara pembahagiannya, sebaik sahaja anda menerima gaji, belanjakan 50% daripada gaji itu untuk perkara seperti perumahan, utiliti, insurans kesihatan, pembayaran kereta dan barangan dapur.

    Kira-kira 30% daripada gaji anda boleh digunakan untuk perkara yang anda inginkan tetapi tidak perlu, seperti perkhidmatan hiburan penstriman manakala 20% harus digunakan untuk simpanan dan membayar hutang.-RELEVAN

    featured hutang kewangan Malaysia
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.