Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jenis, kitaran hidup dan cara membasmi, ini 10 fakta tentang kutu

    Jenis, kitaran hidup dan cara membasmi, ini 10 fakta tentang kutu

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 6, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEBUT sahaja kutu, kita sudah boleh bayangkan kerimasannya. Kulit kepala gatal-gatal! Gatalnya tak boleh bawa bincang. Oleh sebab gatal-gatal itu, kita jadi rimas, gelisah dan hilang tumpuan.

    Sebab itu dalam budaya Melayu, kutu dikaitkan dengan hal-hal negatif. Simpulan bahasa mati kutu contohnya, bererti tidak mampu melawan. Kutu embun pula orang yang suka merayau tanpa hala sehingga awal pagi. Ada juga peribahasa seperti ibarat kutu, boleh diselisik yang bermaksud kesalahan dan keburukan tidak boleh disorok. Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor pula bermaksud bersih dan cantik di luar tetapi hatinya busuk.

    Kita boleh mencipta apa sahaja peribahasa tentang kutu tetapi adakah kita sudah betul-betul kenal dengan makhluk licik penghisap darah ini? Relevan bawakan kepada anda 10 fakta tentang kutu hasil perkongsian Ketua Jabatan dan pensyarah Jabatan Parasitologi dan Entomologi, Fakulti Perubatan UKM, Dr. Syamsa Rizal Abdullah.

    • Apa itu kutu?

    Kutu merupakan serangga kecil yang mempunyai tiga pasang kaki, berwarna kelabu kecoklatan dan tidak mempunyai sayap. Kutu juga merupakan sejenis parasit kerana ia memerlukan perumah untuk hidup. Apabila kutu menjangkiti manusia, situasi itu dinamakan sebagai pedikulosis.

    • Tiga jenis

    Kutu biasa dikaitkan dengan kegatalan di bahagian kepala namun sebenarnya, terhadap tiga jenis kutu yang boleh menjangkiti manusia iaitu kutu kepala, kutu badan dan kutu kemaluan. Walaupun tidak selazim jangkitan di kepala, kutu juga boleh menjangkiti bahagian badan dan kemaluan, terutamanya untuk mereka yang tidak menjaga kebersihan badan.

    Nama saintifik untuk kutu kepala ialah pediculus capitis. Kutu badan pula pediculus humanus manakala kutu kemaluan pediculus pubis.

    • Kitaran hidup

    Kitaran hidup kutu adalah kira-kira empat minggu dan mempunyai tiga peringkat perkembangan, iaitu bermula dengan telur (nit), nimfa kemudian dewasa. Jika jangkitannya teruk, ketiga-tiga peringkat usia kutu ini boleh ditemui di kepala pesakit.

    • Hisap darah

    Kutu kepala, baik jantan atau betina akan menghisap darah dari kepala manusia beberapa kali setiap hari. Ketika menghisap darah, air liur yang mengandungi kesan toksik akan disuntik masuk ke dalam salur darah pada kulit kepala manusia yang mengakibatkan rasa gatal, gelisah dan hilang tumpuan.

    • Berkampung di kepala

    Kebiasaannya, sebanyak 10 hingga 20 ekor kutu dewasa boleh ditemui di kepala pesakit. Namun, bagi jangkitan yang teruk, boleh wujud lambakan kutu dalam pelbagai peringkat usia berserta eksudat (bahan seperti cecair yang keluar dari pembuluh darah) akibat gigitan kutu pada kulit kepala. 

    Jangkitan bakteria dan kulat juga boleh berlaku akibat aktiviti menggaru yang berlebihan.

    • Cara jangkitan

    Kutu bergerak secara merangkak, maka cara jangkitan yang paling utama ialah sentuhan dari rambut ke rambut untuk kutu kepala. Ia boleh berlaku melalui aktiviti harian dan perkongsian tempat tidur. 

    Antara punca jangkitan lain adalah melalui perkongsian peralatan seperti sikat, skaf, tuala dan topi dengan individu yang dijangkiti.

    • Teknik sikatan basah

    Pengesanan jangkitan perlu dilakukan kepada ahli keluarga atau orang yang berhubung rapat dengan pesakit. Dr. Syamsa Rizal mencadangkan penggunaan teknik sikatan basah. Teknik ini dimulakan dengan melumurkan perapi rambut pada keseluruhan rambut, kemudian rambut disikat menggunakan sikat biasa bagi meleraikan rambut yang kusut.

    Seterusnya, sikat kutu yang bergigi rapat digunakan untuk menyisir rambut secara berhati-hati bermula dari kulit kepala sehingga hujung rambut. Kehadiran kutu diperiksa pada celah-celah gigi sikat selepas setiap kali sikatan. Keseluruhan bahagian rambut kemudiannya disikat secara sistematik sekurang-kurangnya dua kali.

    • Botak

    Membotakkan kepala ialah cara paling mudah untuk membasmi kutu kepala. Namun, bukan semua orang mahu botak, maka ada juga cara lain untuk membasminya.

    • Syampu antikutu

    Terdapat pelbagai syampu antikutu (pedikulosid) yang boleh didapati di pasaran. Syampu tersebut perlu digunakan mengikut arahan yang disediakan.

    Kebiasaannya, syampu perlu dibiarkan selama beberapa jam pada bahagian rambut sebelum dibilas. Penggunaannya perlu diulang selepas tujuh hari bagi memastikan keseluruhan kutu pada kepala dapat dibasmi.

    • Sikatan basah berulang

    Penyisihan kutu juga boleh dilakukan melalui teknik sikatan basah yang dilakukan secara berulang pada hari kelima, kesembilan dan ke-13. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak atau mereka yang tidak mahu menggunakan terapi secara kimia. – RELEVAN

    *Artikel ini diubah suai dari artikel “Kutu oh kutu, jauhi aku!” yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 2 Mei 2021

    Previous ArticleWabak cacar monyet mustahil cetuskan pandemik? Ikuti penjelasan pakar ini
    Next Article 4,949 kes sembuh dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.