Facebook Twitter
    Trending
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026
    • Kerjaya

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Trend muflis menurun sejak 2016, termasuk ketika OPR tinggi

    Trend muflis menurun sejak 2016, termasuk ketika OPR tinggi

    By July 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TREND kebankrapan di Malaysia berkurang sejak 2016.

    TREND muflis dalam  kalangan rakyat Malaysia menurun sejak 2016 walaupun dalam tempoh tersebut berlaku kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), iaitu pada 2018.

    Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, jumlah golongan belia (berumur kurang 35 tahun) yang muflis juga menunjukkan trend penurunan yang sama,  mencakupi 14 peratus daripada jumlah kes muflis antara Januari hingga Mei 2022. Purata dari 2017 hingga 2019 adalah pada 24.9 peratus.

    “Untuk mengisytiharkan seseorang sebagai muflis bukanlah perkara mudah. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan atau pemiutang lain.

    “Tindakan kebankrapan adalah jalan terakhir oleh institusi kewangan setelah segala usaha pemulihan lain dilakukan untuk mendapatkan balik pinjaman yang telah diberi kepada peminjam,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

    Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia

    Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai respons kepada dakwaan beberapa pihak yang mengaitkan kenaikan OPR dengan trend muflis.

    Minggu lalu, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) menjangkakan 32,000 lagi peminjam akan muflis dalam tempoh dua tahun jika OPR terus dinaikkan.

    Presidennya, Rosland Mohd. Ariff berkata, jangkaan itu merupakan pertambahan 70 peratus daripada jumlah peminjam muflis sedia ada. Menurut beliau, kini terdapat 46,000 peminjam yang diisytiharkan muflis ekoran tidak mampu membayar pinjaman disebabkan pandemik Covid-19 dan peningkatan kos sara hidup.

    Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25 peratus pada 6 Julai lalu. Ia merupakan kenaikan 25 bps yang kedua dalam tempoh hampir dua tahun selepas kadar tersebut kekal pada 1.75 peratus sejak September 2020.

    Menurut BNM, sejak Januari hingga April tahun ini, jumlah kes kebankrapan di Malaysia adalah sebanyak 515 kes manakala sepanjang tahun lalu, jumlah kes adalah sebanyak 1,884 kes. Jumlah kes kebankrapan sejak 2018 boleh dilihat di bawah.

    Tahun Jumlah Kes Kebankrapan
    2018 5,283
    2019 3,948
    2020 2,844
    2021 1,884
    2022 (Jan – Apr) 515

    Sumber: Bank Negara Malaysia

    Nor Shamsiah berkata, mengikut Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang dikeluarkan BNM, institusi kewangan dikehendaki untuk memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan dalam membayar balik pinjaman dilayan dengan adil serta diberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum sebarang tindakan kebankrapan diambil.

    Jelas beliau, bagi peminjam yang menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran balik pinjaman, mereka digalakkan supaya mengambil tindakan proaktif untuk menghubungi institusi kewangan masing-masing sebelum pinjaman tersebut menjadi pinjaman tidak berbayar. Ini bagi mengelakkan petisyen kebankrapan difailkan oleh institusi kewangan.

    “Ini membolehkan institusi kewangan untuk menawarkan pakej bayaran balik pinjaman yang sesuai kepada peminjam bagi membantu mereka ketika menghadapi kesulitan kewangan,” katanya.

    Tambah Nor Shamsiah, pihaknya juga mendapati peminjam telah beransur-ansur keluar daripada program bantuan bayaran balik pinjaman dan trend bayaran balik pinjaman sistem perbankan juga mencatatkan penambahbaikan pada suku pertama 2022.

    Menurut beliau, trend tersebut meningkat kepada purata 92 peratus daripada tahap bayaran balik pinjaman sebelum pandemik, iaitu ketika suku pertama 2021. – RELEVAN

    Previous ArticleGCOOP buka peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia
    Next Article Lebih 3,000 jangkitan baharu Covid-19, 7 kematian dicatatkan

    Artikel berkaitan

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026
    Artikel Terkini

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.