JANGKITAN baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 3,934 kes semalam berbanding 2,345 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,604,670 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 2,747 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,531,948 kes.
Sebanyak sembilan kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,828 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,598 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 36,894 kes dengan 35,547 kes atau 96.3 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 26 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,268 kes atau 3.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 30 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN